Nama pempengaruh media sosial, Ameera Khan sentiasa menjadi topik bualan warganet selepas membuat hantaran di akaun peribadi miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Masak Mi Segera Buat Jefri Nichol, Netizen Puji Nampak Sedap – ‘Dari Dulu Ikut Resepi LMK’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ameera Khan Dipuji ‘Humbe’, Bawa Jefri Nichol Makan Kedai Tepi Jalan – ‘From Enak Banget To Sedak Dooh’
Pinggang ramping

Ameera atau lebih mesra disapa sebagai LMK memuat naik gambar memakai baju ‘crop top‘ berlengan panjang di Instagram.
Dalam hantaran itu, Ameera mengenakan baju berwarna putih yang memaparkan bahagian perutnya digayakan bersama seluar jeans berona biru.
Perkongsian itu menarik perhatian orang ramai terutamanya para wanita yang sudah lama mengidamkan untuk mendapatkan bentuk badan sepertinya.
Tidak dinafikan, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan pinggang adik kepada pelakon, Neelofa itu.
Sesetengah mereka mencemburui Ameera selain memuji caranya menjaga pemakanan untuk mendapatkan badan yang sempurna.
Jika sebelum ini nama Ameera sering dikaitkan dengan gossip negatif namun pada kali ini, badan Ameera menjadi idaman buat para wanita di luar sana.
Netizen puji


Sumber: Instagram
The post Pinggang Ramping Ameera Khan Buat Ramai Cemburu first appeared on OHBULAN!.





