28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hantaran Umisya Mazlan Dihujani Ucapan, Netizen Harap Aslam Ambil Iktibar – ‘Semoga Bahagia Milik Awak Selalu’

    Shopee Sale

    Hantaran yang dimuat naik personaliti media sosial, Umisya Mazlan kembali menyorot perhatian apabila dibanjiri ucapan daripada netizen susulan berita perceraian suaminya, Aslam bersama Marissa Dania.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Marissa, Berhenti Libatkan Umisya’ – Aslam

    Artikel Berkaitan: Aslam & Umisya Mazlan Timang Anak Keempat – ‘Alhamdulillah Untuk Anugerah Allah’

    Tahniah

    Menerusi tinjauan , salah satu hantaran yang dimuat naik pempengaruh berusia 27 tahun itu dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen yang memuji kesabarannya berdepan pelbagai ujian rumah tangga sebagai isteri pertama.

    Pada hantaran tersebut, kebanyakan netizen mendoakan agar rumah tangga yang dibina bersama Aslam sentiasa bahagia dan berkekalan.

    Difahamkan, hantaran tersebut dimuat naik oleh Umisya empat hari lalu namun kembali menjadi perhatian netizen selepas suaminya sah bercerai dengan isteri kedua, Marissa Dania.

    Netizen tumpang bahagia

    Terdahulu, peguam syarie mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser mengesahkan status pempengaruh itu bukan lagi suami kepada Marissa.

    MENARIK:  Netizen Geli Hati, Tok Ram Masuk ‘Live’ Alyah Jual Tudung

    Terdahulu, Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata Aslam memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

    Ammar Yaser berkata, Aslam atau nama penuh Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

    Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

    Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

    Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.

    Sumber: TikTok @_umisyamazlan

    The post Hantaran Umisya Mazlan Dihujani Ucapan, Netizen Harap Aslam Ambil Iktibar – ‘Semoga Bahagia Milik Awak Selalu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah