31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tanpa peluru berpandu, Iran akan jadi seperti Gaza’

    Shopee Sale

    Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Selasa berkata bahawa tanpa peluru berpandu miliknya, negara itu akan berakhir "seperti Gaza", dan menegaskan program balistiknya tidak boleh dibawa untuk dirunding, lapor AFP.

    Bercakap ketika lawatan ke Pakistan, semalam, presiden Iran itu berkata, negara berkenaan pasti sudah dimusnahkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) jika tidak memiliki peluru berpandu sebagai sebahagian pertahanan mereka.

    "Israel dan AS pasti sudah memusnahkan Iran seperti di Gaza dengan serangan dibuat tanpa belas kasihan kepada orang tua mahupun muda.

    "Kami tidak akan sesekali berunding dengan sesiapa, dalam apa jua keadaan, untuk selama-lamanya, mengenai keupayaan pertahanan kami," katanya.

    Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif yang menjadi negara peranantara utama dalam rundingan antara Tehran dan Washington mengesahkan bahawa perjanjian awal telah ditandatangani oleh kedua-dua negara itu.

    Katanya, perkara berkaitan peluru berpandu balistik tidak disentuh dalam perjanjian awal ditandatangani AS dan Iran bersama pihak pengantara.

    “Tidak boleh ada amalan talam dua muka... yang mana sesetengah negara boleh memiliki peluru berpandu balistik manakala Iran pula tidak boleh. Kepura-puraan seperti ini tidak boleh diterima," kata Sharif.

    MENARIK:  Amanah tolak usul tiada PRK jika wakil rakyat meninggal

    Tehran sebelum ini, melancarkan ratusan peluru berpandu serta ribuan dron ke arah negara jiran di Teluk dan Israel, sepanjang konflik tercetus susulan serangan bersama antara AS dan Tel Aviv ke atas Iran.

    Peluru berpandu Iran pada mulanya dibangunkan bagi mengimbangi pertahanan udaranya yang lemah semasa peranang dengan Iraq pada tahun 1980-an, dan sejak itu jarak capaian serta ketepatannya semakin meningkat.

    Israel, yang terletak 1,500 kilometer dari Iran, sekian lama melihat program tersebut sebagai ancaman. Sebelum peranang, Amerika Syarikat cuba memasukkan program peluru berpandu balistik, serta sokongan Tehran kepada proksi bersenjata, dalam rundingan mengenai aktiviti nuklear Iran.

    Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Presiden AS Donald Trump dilihat melembutkan pendiriannya dalam isu peluru berpandu berkenaan.

    "Saya katakan bahawa jika negara lain memilikinya, ia agak tidak adil jika mereka tidak memiliki sebahagian daripadanya," katanya minggu lepas di sidang kemuncak G7 di Perancis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah