34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Linda Rafar Mohon Individu Bergelar Datuk Kembalikan Wang – ‘Duit Ini Jadi Haram Kalau Bagi Anak Isteri Makan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Linda Rafar mendakwa terdapat individu bergelar ‘Datuk’ yang masih belum memulangkan wang miliknya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Rafar Sebak Anak Selesai Duduki SPM – ‘Cepatnya Masa Berlalu, Masih Teringat Dia Masa Darjah Satu’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Memaafkan Sesiapa Sahaja Yang Berkata Buruk Terhadap Diri Saya’ – Linda Rafar

    Linda tuntut hutang

    Menerusi perkongsian di Threads, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, meluahkan rasa terkilan dan meminta individu terbabit untuk segera melunaskan hutang tersebut.

    Pada kumpulan datuk-datuk yang dah ambil duit saya mohon jasa baik tolong lah bayar balik. 

    Duit ini akan jadi haram jika datuk bagi anak-anak dan isteri makan dan jadi darah daging!

    Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini turut memberi bayangan bahawa individu tersebut mempunyai reputasi yang kurang baik dalam pasaran atau industri tertentu.

    Saya tahu jika saya viralkan datuk, ramai yang kenal dan dalam pasaran semua paggil datuk scammer

    Susulan daripada itu, Linda meminta individu berkenaan menghubunginya semula untuk menyelesaikan kemelut itu secara baik.

    Sekali lagi saya mohon untuk datuk hubungi saya dan kita boleh bincang cara elok

    Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat perhatian warganet yang mendoakan agar segala urusan Linda dipermudahkan dan haknya dikembalikan semula.

    MENARIK:  Akmal Old Money Tak Menunjuk, Infak RM20,000 Untuk 40 Slot Berbuka Puasa

    Sumber: Thread Linda Rafar

    The post Linda Rafar Mohon Individu Bergelar Datuk Kembalikan Wang – ‘Duit Ini Jadi Haram Kalau Bagi Anak Isteri Makan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah