34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisha Retno Mohon Maaf Selepas Ditegur Salah Pakai Aksesori Etnik Iban, Janji Akan Lebih Teliti

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno, memohon maaf berikutan pemakaian busana tradisi dari etnik Iban yang digayakan ketika membuat persembahan baru-baru ini telah menerima kritikan.

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Tak Ambil Pusing Hantaran Individu Didakwa Mahu Tuntut Hutang – ‘Yang Penting Dia Tak Sebut Nama Saya’

    Artikel Berkaitan: ‘Tiada Kabel, Tidak Kerana Seseorang Itu Terkenal..Semua Orang Dilayan Dengan Sama’ – Aisha Retno

    Aisha mohon maaf

    Ketika ditemui , Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 26, berkata, jika isu berkenaan menimbulkan rasa kurang senang pada mana-mana pihak, dia bersedia untuk berbincang dan memulihkan keadaan.

    Persembahan tersebut berlangsung beberapa minggu lalu, tapi kalau isu kembali dinaikkan sudah semestinya saya akan tengok balik dan berbincang dengan team saya.

    Jika isu ini besar, semestinya kami akan buat sesuatu mengenainya.

    Saya ingin memohon maaf kalau pakaian yang saya pakai itu telah mengguris hati mana-mana pihak.

    Aisha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Latihan Pesta Pora yang berlangsung di Royal Selangor Club, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Tambah Aisha lagi, sebagai seorang anak seni, sudah semestinya dia mahu menonjolkan kepelbagaian tradisi dan budaya yang ada di negara ini setiap kali berpeluang berada di atas pentas.

    Saya seorang wanita yang sangat mencintai pakaian tradisional dan semestinya saya suka melihat busana seperti ini mendapat perhatian di dalam industri.

    Jadi, kami akan menitik beratkan tentang pemilihan fesyen.

    Menurut pelantun lagu Jodoh Lebaran itu, busana tersebut telah disediakan oleh penata gaya dan pereka fesyen.

    MENARIK:  ‘Mama Cakap Boleh Gila Kalau Semua Lelaki Dapat Perempuan Macam Karmila’ – Riena Diana

    Bagaimanapun, Aisha menegaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

    Pakaian saya itu daripada stylist dan juga pereka fesyen.

    Apa-apa pun kami akan berbincang dan kami akan lebih teliti dalam memilih busana.

    Industri fesyen ini penting tetapi dalam masa yang sama perlu ada batasnya.

    Jika isu ini berbangkit kami akan berbincang secara baik.

    Terdahulu, terdapat segelintir warganet yang menegur cara pemakaian aksesori Sementing Ngepan Iban yang digayakan oleh Aisha.

    Menurut dakwaan mereka, cara pemakaian Aisha adalah salah tidak seperti kebiasaan yang digayakan oleh masyarakat Iban di Sarawak.

    The post Aisha Retno Mohon Maaf Selepas Ditegur Salah Pakai Aksesori Etnik Iban, Janji Akan Lebih Teliti first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah