34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Zaman Saya Dah Berlalu, Saya Bangga Dengan XX-Ray & Puteri Impian’ – Aziz M Osman Puji Pembikin Filem Masa Kini

    Shopee Sale

    Pengarah dan penerbit tersohor, Aziz M. Osman mengakui zaman kegemilangannya dalam industri perfileman sudah berlalu seiring perubahan cita rasa penonton yang semakin berkembang mengikut peredaran masa.

    Artikel Berkaitan: Aziz M Osman Perjelas Isu Lan Pet Pet Tiada Dalam Filem Baru Senario – ‘Dia Ada Komitmen Lain’

    Zaman gemilang berlalu

    Aziz, 63, berkata setiap penggiat seni pasti akan melalui fasa apabila populariti mereka mula merosot dan karya yang dihasilkan tidak lagi memberi impak seperti dahulu.

    Setiap orang akan sampai ke satu tahap apabila mereka memang dikenali, tetapi ‘bahannya’ sudah tidak lagi menjadi. Orang kata sekadar gimmick atau flavour of the day. Ramai pengarah dunia melalui perkara sama.

    Tan Sri P. Ramlee pun satu ketika pernah berada di tahap itu. Di penghujung kariernya, tarikan terhadap karya beliau semakin berkurangan. Bukan sebab produksinya tidak bagus, tetapi tarikan itu sudah kurang.

    Perkara itu berlaku kepada saya sekarang. Walaupun saya tidak mengatakan filem terakhir saya, 6 Jilake itu gagal, tetapi nama atau jenama itu sudah tidak lagi menarik orang ke pawagam.

    Di Hollywood pun, pengarah-pengarah hebat seperti Frank Darabont dan Joel Coen yang pernah menghasilkan karya agung akhirnya beralih ke Netflix. Itu memang satu kitaran.

    Jadi saya perlu terima hakikat itu. Alhamdulillah, saya masih diperlukan, cuma posisi saya sekarang lebih kepada di depan kamera dan bukan lagi di belakang kamera.

    Aziz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem HAK: Tuntut atau Tunduk yang berlangsung di ibu kota, pada Khamis.

    Dalam pada itu, Aziz turut mengakui standard penonton masa kini jauh lebih tinggi berbanding dahulu sehingga membuatkan pembikin filem perlu memberi perhatian terhadap setiap aspek penerbitan.

    Saya lihat penonton sudah tidak lagi berkompromi dengan soal kualiti. Tidak seperti dahulu. Dulu, filem sederhana pun orang boleh terima asalkan ada pelakon terkenal dan lakonan tidak terlalu kaku.

    Sekarang tidak lagi. Production value mesti tinggi, semuanya perlu berada pada tahap terbaik. Penonton tidak berkompromi tentang perkara itu. Maknanya, disiplin pembuatan filem sekarang sudah mencapai tahap profesional.

    Jadi bagi saya, perjuangan saya seolah-olah sudah selesai kerana perkara yang dulu saya perjuangkan kini sudah dipraktikkan dalam industri. Saya boleh ‘relax’ sedikit. Saya juga tidak mahu membazirkan tenaga dan duit orang.

    ‘Legasi saya’

    Mengulas lanjut, pengarah filem XX-Ray itu berkata dia kini lebih selesa menerima hakikat bahawa namanya mungkin tidak lagi menjadi faktor utama untuk menarik penonton ke pawagam.

    Nama Aziz M. Osman mungkin tidak lagi mampu memberi jaminan kepuasan 100 peratus kepada penonton. Lebih baik saya cakap terus terang daripada orang anggap saya syok sendiri. Zaman saya sudah berlalu dan saya bangga dengan legasi saya.

    Saya sudah menghasilkan karya seperti Senario The Movie, XX-Ray dan Puteri Impian. Jadi saya tidak lagi mengejar apa-apa. Saya sangat kagum apabila filem-filem tempatan sekarang mampu mencatat kutipan lebih tinggi daripada filem Hollywood. Itu satu evolusi yang sangat sihat.

    Pembikin filem muda sekarang bersaing sesama sendiri untuk menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Evolusi mereka juga berbeza dengan zaman dahulu.

    Sekarang untuk menarik penonton yang ramai, tidak cukup sekadar ada cerita yang baik. Semua aspek perlu dijaga, terutama production value. Penonton hari ini sudah bijak menilai. Mereka tahu mana filem murah, mana filem cincai.

    The post ‘Zaman Saya Dah Berlalu, Saya Bangga Dengan XX-Ray & Puteri Impian’ – Aziz M Osman Puji Pembikin Filem Masa Kini first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  ‘Anak Itu Bunga Bukan Beban, Mereka Mekar Bila Disiram Kasih Bukan Air Mata’ – Umai

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah