26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiket Konsert ‘BTS World Tour Arirang’ Di KL Mula Dijual 3 Jun, Harga Serendah RM338

    Shopee Sale

    Berita gembira buat Army Malaysia! Debaran kian terasa apabila tarikh jualan tiket konsert jelajah dunia BTS World Tour Arirang di Kuala Lumpur akhirnya telah diumumkan secara rasmi. 

    Tiket mula dijual 3 Jun ini

    View this post on Instagram

    A post shared by Live Nation Malaysia (@livenation.my)

    Konsert yang bakal berlangsung pada 12 dan 13 Disember 2026 itu dijangka menjadi antara acara muzik terbesar tahun depan dengan kehadiran ribuan ARMY dari dalam dan luar negara.

    Konsert yang dibawakan oleh Live Nation Malaysia itu merupakan sebahagian daripada siri jelajah dunia BTS yang kini dianggap antara tour K-pop terbesar pernah dianjurkan dengan keseluruhan 85 persembahan di 34 lokasi seluruh dunia.

    Bagi peminat yang mahu mendapatkan tiket lebih awal, jualan ARMY MEMBERSHIP PRESALE akan berlangsung pada 3 Jun bermula jam 11 pagi hingga 10 malam.

    Selain itu, presale Trip.com akan dibuka pada 4 Jun dari jam 9 pagi hingga 11.59 malam, diikuti presale khas ahli Live Nation Malaysia pada hari sama bermula jam 11 pagi hingga 10 malam.

    Jualan umum tiket pula akan bermula pada 5 Jun jam 11 pagi menerusi GoLive Asia.

    MENARIK:  [VIDEO] Atikah Suhaime Terima Jambangan Bunga Duit RM10K Daripada Suami – ‘Terima Kasih Baby, Saya Sayang Awak’

    Dalam pada itu, pemegang ARMY MEMBERSHIP (GLOBAL) diwajibkan membuat pendaftaran awal menerusi Weverse sebelum 27 Mei jam 11 pagi bagi tujuan pengesahan akses presale.

    Harga tiket

    Bagi harga tiket pula, ia ditawarkan bermula daripada RM338 (CAT 7), RM438 (CAT 6), RM538 (CAT 5),  RM638 (CAT 4), RM738 (CAT 3), RM838 (CAT 2) dan RM988 (CAT 1). 

    Selain itu, pakej paling premium iaitu Pakej VIP Soundcheck ditawarkan pada harga RM1,288, di mana pembeli bakal menerima satu tiket tempat duduk premium, akses ke parti soundcheck sebelum konsert, laminat dan lanyard eksklusif, hadiah VIP khas, serta akses awal ke kaunter barangan rasmi. 

    Kesemua harga tiket ini adalah untuk kategori tempat duduk bernombor dan tidak termasuk yuran tempahan serta caj transaksi.

    Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket, peminat boleh melayari BTS WORLD TOUR OFFICIAL.

    The post Tiket Konsert ‘BTS World Tour Arirang’ Di KL Mula Dijual 3 Jun, Harga Serendah RM338 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah