31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    3 Kali Keguguran, Abang Tesla & Isteri Ikhtiar Perubatan Islam – ‘Semoga Pasangan Ini Berjaya Hamil’

    Shopee Sale

    Pasangan pempengaruh dan usahawan, Abang Tesla bersama isteri pertamanya, Nurmajdina memilih untuk menjalani ikhtiar perubatan Islam sebagai usaha mendapatkan cahaya mata.

    Artikel Berkaitan: ‘Sebab Itu Tak Dapat Mengandung’ – Nurmajdina Kekal Tenang, Enggan Layan Provokasi Netizen

    Artikel Berkaitan: Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis Lebih RM30k Untuk IVF, 6 Tahun Jadi Pejuang Garis Dua

    Ikhtiar hamil menerusi rawatan Islam

    Menerusi perkongsian video di akaun TikTok pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, pasangan itu dilihat hadir untuk mendapatkan konsultasi serta rawatan alternatif selepas melalui beberapa kali keguguran.

    Saya 3 kali keguguran harap lepas buat rawatan saya berjaya hamil dan tidak gugur lagi.

    Bila last gugur?

    Bulan 10 Tahun lepas.

    Pasangan ini berharap agar usaha rawatan yang dilakukan kali ini dapat membantu mereka memperoleh zuriat serta melalui kehamilan yang lebih sihat pada masa akan datang.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Keadaan Bapa Saya Makin Uzur’ – Amir Raja Lawak Harap Isu Tunggakan Bayaran Selesai Dengan Baik

    Sementara itu, pengamal perubatan di pusat berkenaan memaklumkan bahawa kes keguguran awal kandungan antara kes yang sering diterima pihak mereka. 

    Banyak kes, saya rawat gugur setiap kali awal kandungan. Semoga pasangan ini berjaya hamil dan tak alami keguguran lagi selepas ini.

    Saya bantu mana yang mampu, selebihnya serah kepada Allah.

    Moga puan Majdina dan suami di permudahkan Allah dikurniakan cahaya mata lepas ini.

    Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menitipkan doa buat pasangan ini agar dikurniakan zuriat.

    Terdahulu, Nurmajdina mendedahkan telah menghabiskan lebih daripada RM30,000 sepanjang dua kali melakukan rawatan IVF.

    Sumber: TikTok Perubatan Islam Al-Mujahidin

    The post 3 Kali Keguguran, Abang Tesla & Isteri Ikhtiar Perubatan Islam – ‘Semoga Pasangan Ini Berjaya Hamil’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah