
Nama personaliti media sosial yang dikenali sebagai Akmal ‘Old Money’ semakin menjadi bualan wargamaya selepas pempengaruh itu menyumbangkan wang sebanyak RM20,000 bagi tajaan berbuka puasa di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Infak RM20,000

Menerusi perkongian yang dibuat @Azmir44 di aplikasi Threads, Akmal difahamkan telah menempah sebanyak 40 slot sumbangan berbuka puasa yang bernilai RM500 setiap satu.
Difahamkan, Akmal juga merupakan antara individu terawal yang mengambil peluang menaja juadah berbuka puasa di masjid berkenaan.
‘Steady’ Akmal ‘Old Money’, infak majlis berbuka untuk sehari terus ambil 40 slot sebanyak RM20,000.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan murni Akmal dan menganggap pempengaruh itu benar-benar menunjukkan erti sebenar ‘Old Money’.
Sekadar info, Akmal sebelum ini mula tular selepas penglibatannya dalam komuniti gaya hidup dan fesyen yang melambangkan kemewahan dan kekayaan turun-temurun iaitu ‘Old Money’.
Komen netizen









