32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Main politik ‘dua kolam’, Wanita PKR desak 6 MP letak jawatan

    Shopee Sale

    Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak enam ahli parlimennya yang hadir pada majlis Bersama Rafizi Ramli Ahad lalu supaya melepaskan keanggotaan parti secara sukarela.

    Setiausaha Wanita PKR Sangetha Jayakumar berkata tindakan dan pendekatan politik "dua kolam" atau bermuka-dua mereka bukan sahaja menjejaskan kestabilan parti, malah mengkhianati kepercayaan anggota akar umbi.

    Sangetha Jayakumar

    “Sekiranya idealisme dan hala tuju masa depan individu-individu ini sudah tidak lagi selari dengan prinsip institusi Presiden dan KPI perjuangan PKR, jalan paling terhormat adalah untuk mereka melepaskan keanggotaan parti secara sukarela dengan serta-merta tanpa perlu terus menjadi duri dalam daging,” katanya dalam satu kenyataan, hai ini.

    Sangetha berkata, jika desakan ini tidak diendahkan dan tindakan berbaur khianat ini terus berlarutan, Wanita PKR tidak akan teragak-agak untuk mendesak lembaga disiplin parti dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil tindakan paling tegas, termasuk memecat keanggotaan mereka.

    Pada Ahad lalu, dua bekas menteri, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan langkah untuk mengambil alih Parti Bersama Malaysia. dalam satu majlis di Petaling Jaya yang dihadiri kira-kira 800 penyokong.

    MENARIK:  Chua puji tekad politik k'jaan isu subsidi, kritik komunikasi lemah

    Majlis itu juga dihadiri oleh enam ahli parlimen PKR iaitu Rodziah Ismail (Ampang), Wong Chen (Subang), Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Kesavan Subramaniam (Sungai Siput), dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).

    Mengulas lanjut, Sangetha berkata, permainan politik seumpama itu bukan sahaja menjejaskan kestabilan parti, malah mengkhianati kepercayaan anggota akar umbi yang telah bertungkus-lumus membina wadah perjuangan tersebut.

    "PKR tidak dibina untuk menjadi batu loncatan bagi mana-mana individu yang mahu mengutamakan kelangsungan politik peribadi melebihi agenda besar rakyat dan parti.

    "Pengajaran lalu telah mematangkan kita tiada ruang lagi untuk pengkhianatan berbentuk baharu di dalam rumah Reformasi ini," kata Sangetha lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah