32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video hantar wang ke Afrika: Kenapa Anwar belum dipanggil polis, soal Albert

    Shopee Sale

    Ahli Pernigaan Albert Tei mempersoalkan alasan pihak berkuasa belum memanggil Anwar Ibrahim berhubung siasatan video tular mengenai dakwaan wang dihantar ke Afrika yang dikaitkan dengan perdana menteri itu.

    Bercakap kepada media sebelum memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Tei merujuk video yang memaparkan seorang ahli perniagaan, Sofia Rini Buyong, mendakwa individu bernama “Anwar” mengarahkan seorang individu lain bernama “Farhash” mencuri wang untuk dihantar ke Afrika.

    Nama “Farhash” sebelum ini dikaitkan dengan bekas pembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

    "Saya telah dipanggil Unit Jenayah Siasatan Terkelas (USJT) hari ini untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung satu video yang tular sejak 22 April lalu.

    "Dalam video itu empat nama disebut. Saya, Sofia RinI, Farhash dan Anwar.

    "Saya dimaklumkan oleh polis bahawa Farhash telah memberi keterangan, dan Sofia Rini juga telah disiasat. Hari ini sampai giliran saya untuk memberi keterangan. Soalnya, bila Anwar akan dipanggil?" soal Albert.

    MENARIK:  'Tiada kompromi'- Fadhlina sahkan siasatan kes murid dijemur tengah panas

    Katanya, pihak polis perlu memberi penjelasan mengapa perdana menteri masih belum dipanggil untuk diambil keterangan.

    "Takkan PM mempunyai kedudukan istimewa, berdiri lebih atas daripada undang-undang?" tambahnya lagi.

    Untuk rekod, pada 5 Mei Albert membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap perdana menteri serta bekas pembantunya, Farhash.

    Dalam laporan polisnya, Albert berkata selepas dua minggu berlalu, Anwar atau Farhash sendiri tidak membuat laporan polis mahupun mengambil tindakan undang-undang seperti menyaman Sofia atas dakwaan tersebut.

    Difahamkan, Farhash turut membuat laporan polis pada hari yang sama (5 Mei).

    Sebelum ini, Anwar ketika ditanya mengenai klip video tular itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Farhash diarahkan mencuri wang dan menyembunyikannya di Afrika.

    Anwar turut meminta pihak media tidak melayan tuduhan tersebut serta menegaskan bahawa pihak yang membuat dakwaan perlu mengemukakan bukti.

    Terdahulu, Albert hadir bersama peguamnya Mahajoth Singh ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah