Seiring dengan perkembangan masa, teknologi juga semakin maju sehingga wujud tawaran pembelian emas secara ansuran.
Artikel Berkaitan: Nampak Remeh Tapi Ada Hukumnya’ – Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Isu Tiup Lilin Hari Lahir
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adakah Jadi Kafir Yang Joget Yah*di Macam Dalam TikTok? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Patuh syariah atau tidak?

Namun, sejauh manakah perkara itu patuh syariah masih menjadi persoalan yang perlu diteliti dengan lebih mendalam.
Memetik Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum berjual beli sesuatu barangan adalah harus, sama ada dilakukan secara tunai mahupun kredit.
Namun, perhatian khusus diperlukan jika ia melibatkan item ribawi bagi memastikan transaksi tersebut kekal patuh syariah dan bebas daripada riba.
Difahamkan, emas dikategorikan sebagai item ribawi yang tertakluk kepada syarat-syarat Shariah yang khusus apabila melibatkan urusan jual beli atau pertukaran dengan mata wang seperti Ringgit Malaysia.
الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”. (Hadis Muslim (1587).
Mengikut hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas mestilah dilakukan secara tunai dan serta-merta.
Ini bermakna, pertukaran tersebut perlu diselesaikan dalam satu majlis yang sama.
Syarat utamanya adalah berlaku serah terima secara hakiki atau hukmi dalam satu majlis tanpa sebarang penangguhan masa (seperti menunggu sehari atau dua hari kemudian).
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh.
Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Tak tambah hutang

Sebagai pilihan lain, pembeli boleh meminjam wang daripada pihak ketiga terlebih dahulu untuk membeli emas tersebut secara tunai.
Namun, perlu diingatkan agar pinjaman tersebut tidak dibuat daripada penjual emas yang sama.
Langkah ini penting bagi mengelakkan larangan Nabi SAW mengenai amalan ‘jual beli dan pinjaman’ secara serentak, yang boleh membawa kepada isu syarak.
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”. (Musnad Ahmad (10/120).
Menurut ulasan para ulama seperti Ibn al-Qayyim, hadis ini adalah tunjang penting dalam muamalat yang melarang umat Islam daripada melakukan tipu daya atau helah bagi menghalalkan riba.
Melalui pemerhatian terhadap senario yang berlaku, dapat difahami bahawa terdapat dua hasrat utama di pihak penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja.
Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Sumber: Mufti WP
The post Emas Punya Pasal, Bayar Ansuran Pun Sanggup! Nampak Menarik Tapi Sah Ke Di Sisi Syarak? first appeared on OHBULAN!.





