Pelakon Mira Filzah mengambil pendekatan untuk tidak lagi membuka ruang terhadap isu dakwaan dirinya bersikap sombong yang sebelum ini hangat diperkatakan di Threads.
Artikel Berkaitan: Suami Mira Filzah Coret Nukilan Istimewa Sempena ‘Anniversary’ – ‘Dalam Setiap Senyummu, Ku Temui Ketenangan’
Artikel Berkaitan: Solekan Mira Filzah Dipuji, Lebih Muda & Berseri – ‘Nampak Muka Melayu Yang Cantik’
Isu lama

Menurut Mira, 33, dia menganggap perkara tersebut sudah lama berlalu.
Justeru, dia memohon maaf kerana tidak akan mengulas lanjut.
Saya minta maaf sangat. Saya ada alasan tersendiri dan tak ingin ulas lagi isu itu.
Apa-apa yang berkaitan Threads atau sombong kita ‘skip’. Perkara itu sudah lepas.
Mira berkata demikian ketika ditemui pada majlis ulang tahun ke-10 jenama Cakenis, pada Jumaat.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata, dia bukanlah pengguna tegar Threads dan hanya membuka aplikasi tersebut pada waktu tertentu sahaja.
Katanya, kebiasaan dia menggunakan platform berkenaan untuk mendapatkan info atau membaca perkongsian pengguna mengenai sesuatu topik.
Saya gunakan Threads kalau ada persoalan. Contohnya. mengenai sinus atau tip bercuti kerana platform itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat yang baik.
Tetapi, saya tidak buka setiap hari. Saya hanya buka sesekali sahaja, bukan macam saya layari Instagram (IG).
Dalam pada itu, ditanya sama ada pernah terfikir untuk memadam akaun media sosial demi menjaga ketenangan diri daripada unsur toksik dunia maya, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman bagaimanapun mengakui platform digital kini sudah menjadi keperluan buat mereka yang bekerja dalam industri hiburan dan pencipta kandungan.
Kita berada di zaman di mana media sosial adalah satu kepentingan kepada semua orang, khususnya orang seperti saya, pencipta kandungan, pempengaruh, dan ‘talent’. Itu adalah profil dan platform penting untuk kami.
Jadi, bergantung kepada individu bagaimana hendak kawal apa yang kita tunjuk dan apa yang kita simpan untuk menjaga privasi.
The post [VIDEO] ‘Saya Tak Buka Threads Setiap Hari’ – Mira Filzah Enggan Panjangkan Isu Sombong first appeared on OHBULAN!.





