34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aiman Tak Kesah Perjelas Jual Bundle Renyah, Bukan Sengaja Tak Balik Rumah

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Aiman Tak Kesah tampil menjelaskan sebab sering tidak pulang ke rumah seperti yang didakwa oleh isterinya, Siti Jamumall baru-baru ini.

    Peniaga bundle

    Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok, Aiman yang sedang membuat siaran langsung berkata perkerjaannya sebagai peniaga bundle membuatkannya tidak cukup masa untuk melakukan perkara lain.

    Hal ini kerana pempengaruh berusia 22 tahun itu perlu melakukan pemeriksaan yang teliti terhadap barangan yang dibeli.

    Tambah Aiman, ia adalah perkara biasa buat peniaga bundle jika tidak pulang ke rumah lebih daripada sehari.

    Saya sudah lama tidak menjual secara live bundle saya. Jadi live saya pun dah sendu.

    Disebabkan dah sendu, saya terpaksa berhenti buat live.

    Berniaga bundle perlukan masa seperti kena ‘menyelam’ untuk pilh baju, kena pergi dobi, gosok dan lipat baju.

    Selain itu, kena pecah guni 100 kilogram dan perkara ini semua ambil masa.

    Kalau tidak pulang sehari atau dua hari itu adalah perkara biasa buat peniaga bundle.

    Aiman menjelaskan perkara itu selepas warganet mempersoalkan dia menjadikan rumahnya sebagai hotel kerana jarang menginap di kediamannya bersama isteri.

    MENARIK:  Jofliam Cakap Tak Pernah Buat Tuna Pizza, Netizen ‘Korek’ Momen Dengan Cik Epal – ‘Memori Dia 32GB Ke?’

    Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.

    Sebelum ini, Siti mengaku berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah