30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bila Sabah & Sarawak Tune In Dalam Satu Frekuensi, Memang Lain Macam Vibenya

    Shopee Sale

    Setiap kali musim Kaamatan dan Gawai tiba, anthem Happy Gawai Kaamatan Pepsi pasti kembali mewarnai suasana perayaan di Sabah dan Sarawak.

    Tahun ini, semangat itu dibawa ke satu pengalaman yang lebih dekat dengan pendengar menerusi ‘PEPSI FM – Dari Frekuensi ke Hati, Happy Gawai Kaamatan’.

    Buat pertama kalinya, Pepsi menyatukan empat stesen radio ikonik Borneo iaitu ERA Sabah, ERA Sarawak, Cats FM dan KupiKupi FM dalam satu siaran khas yang meraikan budaya, muzik dan semangat kebersamaan sepanjang musim perayaan menuai ini.

    Bila suara Sabah & Sarawak berkumpul dalam satu frekuensi

    Menerusi PEPSI FM, ERA Sabah, ERA Sarawak, Cats FM dan KupiKupi FM bergabung dalam satu siaran khas yang membawa suara, dialek dan cerita komuniti dari seluruh Sabah dan Sarawak sepanjang sambutan Kaamatan dan Gawai.

    Apa yang menjadikan siaran ini lebih dekat di hati pendengar ialah suasana on-air yang terasa sangat hidup dengan interaksi santai antara announcer, perkongsian cerita, serta momen spontan yang berlaku sepanjang siaran berlangsung.

    Tambah menghidupkan lagi vibe kempen ini ialah kemunculan artis seperti Alena Murang, Stacy Anam, Mary Grace dan Rezza Shah.

    Daripada usik-mengusik antara DJ, cerita balik kampung, hinggalah live shoutout kepada pendengar, semuanya mencipta suasana seperti satu keluarga besar yang berkumpul meraikan musim perayaan bersama-sama.

    Kredit: Cats FM

    Setiap stesen pula membawa identiti tersendiri, tetapi bila digabungkan dalam satu frekuensi, ia mewujudkan satu pengalaman yang terasa warm, meriah dan sangat dekat dengan jiwa pendengar di Sabah dan Sarawak.

    Bagi ramai anak Borneo yang berada di perantauan, PEPSI FM juga memberi rasa seolah-olah ‘suara dari rumah’ dengan mengembalikan memori kampung halaman, bahasa dan kemeriahan yang dirindui setiap kali musim Kaamatan dan Gawai tiba.

    Kredit: Cats FM

    Pepsi terus raikan budaya Borneo dengan cara lebih moden

    frekuensi
    Kredit: Pepsi

    Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Pepsi turut memperkenalkan mini drama digital Dua Budaya, Satu Nadi yang membawa kisah tentang hubungan, budaya dan makna ‘rumah’ dalam kehidupan anak Borneo hari ini.

    MENARIK:  Feeya Iskandar Berang, Dakwa Ibu Bapa Sindir Fizikal Adam Ketika Perlawanan Bola Sepak – ‘Dia Kata Keeper Besar, Anaknya Mungkin Takut’

    Mini drama ini mengisahkan Sunduan dan Dayu, dua individu daripada latar belakang berbeza yang mula rapat ketika musim perayaan menuai.

    Walaupun datang daripada dua budaya berbeza, kedua-duanya masih berkongsi rasa yang sama tentang keluarga, memori dan makna ‘rumah’.

    Jalan cerita yang simple tapi menyentuh emosi itu memang mudah relate dengan ramai orang, terutama anak Sabah dan Sarawak yang kini berjauhan demi belajar atau bekerja.

    Apa yang buat mini drama ini lagi menarik, visual budaya Borneo dipaparkan dengan cantik dan moden tanpa hilang identiti asal. 

    Dari muzik, suasana kampung sampai vibe perayaan, semuanya terasa real dan dekat dengan kehidupan sebenar masyarakat di sana.

    Pepsi terus raikan budaya Borneo dengan cara lebih moden.

    Kredit: Pepsi

    Sebenarnya, ini bukan kali pertama Pepsi meraikan budaya Sabah dan Sarawak menerusi kempen Happy Gawai Kaamatan mereka.

    Sebelum ini, Pepsi pernah tampil dengan anthem bersama Ramles Walter dan Dabra Sia sebelum diteruskan dengan versi remix bersama Belle Sisoski, Mary Grace dan Rezza Shah yang menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden.

    Selain itu, Pepsi juga aktif dalam aktiviti komuniti termasuk terlibat dalam penajaan KDCA Pesta Kaamatan serta memperkenalkan limited-edition cans dengan motif tradisional hasil karya artis tempatan Sabah dan Sarawak.

    Jelas kali ini Pepsi bukan sekadar mahu meraikan musim perayaan, tetapi mahu membawa seluruh vibe Borneo supaya dapat dirasai bersama melalui muzik, cerita dan budaya yang lebih dekat dengan generasi hari ini.

    Melalui PEPSI FM – Dari Frekuensi ke Hati, Happy Gawai Kaamatan, Pepsi membuktikan bahawa walaupun datang daripada budaya dan daerah berbeza, seluruh Borneo masih boleh disatukan dalam satu frekuensi yang sama.

    The post Bila Sabah & Sarawak Tune In Dalam Satu Frekuensi, Memang Lain Macam Vibenya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah