Penyanyi, Mila Jirin tampil memberi respon terhadap dakwaan yang mengatakan dirinya gagal dalam industri hiburan selepas lama tidak aktif dalam dunia nyanyian.
Artikel Berkaitan: ‘Ramai Tangguh Kahwin Kerana Bajet’ – Mila Jirin Ringankan Beban Anggota Polis Rai Hari Bahagia Tanpa Stres Kewangan
Artikel Berkaitan: ‘Keluarga Saya Daif Dahulu, Makan Nasi Dengan Garam Itu Biasa’ – Mila Jirin Memorikan Kisah Peribadi Dalam Cerpen Berjudul ‘KAKAK’
Respon Mila

Pemilik nama Norsyarmilla Jirin, 39, mengakui tidak aktif sebagai penyanyi kerana sibuk menguruskan keluarga dan perniagaannya.
Bila baca komen-komen begini buat saya sedar, yang saya ada sesuatu yang belum selesai dalam diri saya.
Betul, saya dah lama tidak aktif (dalam hiburan seni). Dah lama sangat saya abadikan diri saya dengan keluarga, perniagaan dan perjalanan hidup saya.
Kata Mila, dia juga rindu untuk melakukan perkara yang pernah disukainya suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, hasrat itu hanya dipendam kerana mahu memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting.
Saya juga manusia biasa, jauh di sudut hati yang paling dalam memang rindu dengan nyanyian tu tapi saya simpan paling jauh dan dalam-dalam supaya saya boleh lupakan.
Tapi komen awak ni memang sangat memberi kesan.
Saya akan buktikan, bukan kepada mereka yang tidak percayakan saya tetapi mereka yang memberi sokongan kerjaya semenjak saya sertai program Akademi Fantasia (AF) dan yang masih ada sehingga hari ini.
Dalam pada itu, Mila turut memberi bayangan bahawa dirinya akan membuat kemunculan semula kerana baginya inilah masa yang paling sesuai.
Saya baca semua komen-komen anda, memberi kesan kepada saya. Saya rasa inilah masanya untuk saya kembali kerana anda semua.
Terdahulu, seorang individu mendakwa Mila gagal dalam industri hiburan selepas lama dilihat menyepi walaupun pernah menjuarai program Akademi Fantasia sekitar tahun 2007.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Individu Dakwa Mila Jirin Gagal Dalam Industri Seni, Ini Respon Tuan Badan – ‘Inilah Masanya Untuk Saya Kembali…’ first appeared on OHBULAN!.





