Keprihatinan pelakon, Aedy Ashraf yang sanggup menjaga seorang kanak-kanak kecil demi membolehkan ibu bapanya menonton filem terbaharunya, Tarung: The Unforgiven, mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Bapa Aedy Pernah Jaga Saya & Abang Masa Kecil, Dia Selalu Sebut Nama Anak Dengan Bangga’ – Asyraf Khalid
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Zul Ariffin Ada Aura Yang Menggerunkan, Dia Tak Buat Apa Pun.. Tapi Semua Akan Pandang’ – Aedy Ashraf
Jaga budak
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, menemani kanak-kanak itu sementara ibu bapanya menonton filem di pawagam.
Apa yang lebih menarik perhatian, Aedy turut dilihat mengusap kepala kanak-kanak itu dengan penuh kasih sayang.
Muat naik itu kemudiannya menyorot perhatian apabila sesetengah netizen menyifatkan Aedy sebagai seorang yang prihatin dan bertanggungjawab.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen turut berseloroh dengan meminta Aedy Ashraf menjaga anak mereka juga.
Sebelum ini, Aedy berseloroh sanggup menjaga anak kepada individu yang tidak dikenali semata-mata untuk memberi peluang kepada ibu bapa mereka menonton filem terbarunya.
Netizen minta jagakan anak


Sumber: Threads
The post Tindakan Aedy Ashraf Jadi Babysitter Raih Perhatian, Netizen Puji – ‘Dia Sanggup Buat Apa Saja Untuk Orang Tengok Filem Dia’ first appeared on OHBULAN!.





