Tindakan pelakon, Eyka Farhana yang sempat bersolek ketika mengalami sakit kontraksi sambil menunggu untuk melahirkan anak pertamanya, Muhammad Luay Khayr sebelum ini telah mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Eyka Farhana & Akhyar Rashid Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Muhammad Luay Khayr
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Orang Tanya Apa Paling Mengidam Masa Hamil, Saya Nak Shoot’ – Eyka Farhana
Sempat mekap
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, berkata bayinya itu tidak terus dilahirkan sejurus selepas dia selesai bersolek, sebaliknya memilih dilahirkan pada keesokan harinya.
Bersiap dengan saya di bilik bersalin (even rupanya tak jadi beranak masa lepas solek ni sebab esok tu baru lah baby L nak keluar).
Punya lah kita siap siap, tapi bila dah buang solekan baru rasa nak terberanak.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya memuji usaha Eyka untuk kekal cantik meskipun sedang mengalami sakit kontraksi.
Segelintir netizen juga sempat berkongsi pengalaman serta kenangan mereka apabila berada di bilik bersalin.
Terdahulu, suami kepada pelakon itu, Akhyar Rashid berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata mereka.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post [VIDEO] Eyka Farhana Santai Layan Kontraksi Sambil Makeup, Warganet Kagum – ‘Bila Dah Buang Solekan Baru Rasa Nak Beranak’ first appeared on OHBULAN!.





