31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP Eropah gesa EU kenakan sekatan pada menteri Israel

    Shopee Sale

    GLOBAL | Anggota Parlimen Eropah dari Itali, Danilo Della Valle, berkata dia bersama 28 yang lain menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan hak asasi manusia terhadap Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, serta pihak yang bertanggungjawab terhadap penderaan aktivis flotila Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

    Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, Della Valle berkata mereka menghantar surat kepada Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa, bagi menggesa pengaktifan rejim sekatan hak asasi manusia global EU.

    “Aktivis pertama flotila yang pulang ke tanah air melaporkan insiden amat serius termasuk dipamerkan kepada umum dalam keadaan bergari dan berantai, keganasan fizikal serta psikologi, layanan menghina dan pencabulan maruah manusia,” katanya.

    Dia menambah EU sudah mempunyai mekanisme untuk mengenakan sekatan bersasar terhadap individu dan entiti yang dituduh melakukan pencabulan serius hak asasi manusia.

    MENARIK:  Kes culik Albertine Leo: Penganggur mengaku tak bersalah atas 15 pertuduhan

    “Mekanisme itu baru-baru ini digunakan terhadap apa yang dipanggil pendatang ganas, dan kini perlu diperluaskan kepada sesiapa sahaja yang memainkan perananan secara langsung atau tidak langsung dalam penderaan ini.

    "Golongan fasis yang mentadbir Israel mesti dipertanggungjawabkan di muka pengadilan atas jenayah mereka,” kata anggota Kongres itu.

    Gesaan berkenaan dibuat selepas video dimuat naik Ben-Gvir menunjukkan aktivis diikat menggunakan pengikat kabel dan dipaksa melutut selepas ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

    Global Sumud Flotilla pada Selasa memaklumkan semua 50 kapal dalam konvoinya telah dirampas Israel.

    Flotila yang membawa 428 orang dari 44 negara itu berlepas pada Khamis lalu dari daerah Marmaris di Turkiye dalam usaha baharu untuk memecahkan sekatan haram rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza sejak 2007.

    - Bernama/Anadolu

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah