34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersatu pandang serius kenyataan dibuat Hadi

    Shopee Sale

    Bersatu hari ini mengambil sikap bersederhana di sebalik kenyataan keras diberikan PAS melalui presiden parti itu, Abdul Hadi Awang, yang mengulas mengenai hubungan mereka sebagai parti komponen PN.

    Menurut Bersatu, atas semangat setiakawan, mereka akan meneliti setiap perkara berbangkit sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati PAS.

    Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata pihaknya memang memandang serius kenyataan yang dibuat Abdul berkaitan hubungan dan kerjasama mereka dalam PN.

    Dia juga menyatakan pada pandangan Bersatu setiap isu sepatutnya diuruskan dalam semangat setiakawan.

    "Bersatu berpandangan bahawa setiap perkara yang berbangkit wajar diteliti secara menyeluruh dalam semangat setiakawan, persefahaman dan tanggungjawab bersama demi memperkukuhkan perpaduan PN.

    "Sehubungan itu, Bersatu akan meneliti setiap perkara yang dibangkitkan (oleh Abdul Hadi) dan membincangkannya secara mendalam dalam mesyuarat biro politik serta majlis pimpinan tertinggi dalam masa terdekat," katanya.

    Kenyataan itu hadir selepas PAS secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hati parti tersebut terhadap Bersatu terkait beberapa isu yang melibatkan mereka.

    Memberitahu PAS akan mengkaji semula hubungan dengan Bersatu, Abdul Hadi turut menyatakan kesabaran mereka kepada parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu ada hadnya.

    MENARIK:  Akar umbi Bersatu di KL nak masuk DAP?

    “Kita tak kecewa… kita sabar, (tapi) sabar ada batasnya,” tegas Ahli Parlimen Marang itu pada sidang media di Rusila, Terengganu.

    Abdul Hadi turut menjelaskan tindakan-tindakan dibuat Bersatu yang dianggap membelakangkan PAS termasuk jatuhnya salah seorang Adun mereka daripada jawatan Menteri Besar Perlis, serta gagalnya cubaan menguasai kerajaan Negeri Sembilan baru-baru ini.

    Abdul Hadi mendedahkan Setiausaha Agung PAS – yang juga Setiausaha Agung PN – Takiyuddin Hassan ada menulis surat kepada Bersatu meminta mereka mengambil tindakan ke atas dua Adun Negeri Sembilan yang menyumbang kepada gagalnya cubaan mereka mengambil alih kerajaan.

    “Sebelum ini Bersatu telah bertindak di Perlis menyokong undi tak percaya kepada menteri besar di Perlis, dia tak sokong dan kita mengambil tindakan disiplin terhadap Adun kita dan Bersatu tak bertindak apa-apa.

    “Dia tonjolkan orang dia jadi Menteri Besar Perlis. Kita masih sabar sebab nak jaga perpaduan PN,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah