Penyanyi terkenal Datuk Awie berpendapat rakan seindustrinya iaitu Datuk Amy Search adalah figura yang lebih layak digelar sebagai ‘Raja Rock Negara’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isteri Minta Bawa Jumpa Erra Fazira’ – Awie
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani & Putra Ahmad Merrah Raih Perhatian, Netizen Terhibur Dengar Intonasi- ‘Dah Macam Jamal Abdillah & Awie’
Pendapat Awie

Ketika ditemui , Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 58, mengagumi kredibiliti dan pesona yang dimiliki oleh Amy sebagai seorang penyanyi rock.
Selain itu, vokalis kumpulan Wing tersebut juga amat menghormati Amy sebagai antara pelopor awal yang mengembangkan arena muzik rock tanah air.
Soal gelaran jangan fikirlah. Siapa nak ambil nombor satu, nombor dua, yang teragung sekali pun ambillah.
Tapi saya tetap hormati, yang betul-betul memegang title (gelaran) nombor satu Malaysia iaitu Amy Search.
Dia pemula rock scene dalam Malaysia ini. Dia yang kita patut angkat sebagai ‘Godfather’ dalam industri muzik rock negara.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Awie Rock King: The Last Man Standing di Hotel Premiera pada Isnin.
Menurut Awie, sepanjang menjalani karier seni selama 40 tahun ini, dia sama sekali tidak pernah mengejar gelaran, sebaliknya melakukan setiap persembahan dengan rasa penuh tanggungjawab terutama kepada peminat.
Soal gelaran semua saya tak kisah. Nak bagi saya penyanyi apa-apa benda pun saya tak kisah. Saya tak ada fikir pun.
Itu sebenarnya bukan tujuan saya untuk (raih) gelaran ini (Raja Rock Negara). Saya tak hairan dengan title itu.
Apa yang saya nak adalah memberikan satu kepuasan bagi pengalaman dan kebolehan yang saya ada. Saya nak kongsikan kepuasan itu pada setiap persembahan nyanyian.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Di Ambang Wati itu akan mengadakan konsert solonya yang dijadualkan bakal berlangsung pada 12 September ini di Stadium Merdeka.
Lebih istimewa, konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media itu bakal menampilkan lebih 25 pemuzik serta artis jemputan.
The post Awie Akui Amy Search Lebih Layak Pegang Gelaran ‘Raja Rock Negara’ – ‘Dia Yang Patut Diangkat Sebagai Godfather’ first appeared on OHBULAN!.





