28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shamsul padam video ‘talkin’ gesa pengundi ambil duit BN, PN tapi undi PH

    Shopee Sale

    Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin telah menurunkan video kempen pilihan raya Johor yang dimuatnaikkan Isnin lalu.

    Sebaliknya ia digantikan dengan hantaran baru yang ringkas:

    “Alhamdulillah, mesej sampai.”

    Semalam, bekas pegawai kanan Anwar Ibrahim itu mencuri perhatian apabila menyeru pengundi supaya memilih PH dalam gaya seperti membacakan talkin.

    Dalam video yang tular itu, Shamsul Iskandar dengan mengenakan selendang dan berkopiah sambil diterangi cahaya suram, menyampaikan pesanan "menyeramkan" itu kepada pengundi Johor.

    "Wahai pengundi-pengundi Johor, akan datang kepada kamu Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan parti-parti Bersama yang lain. Janganlah kamu merasa gerun dan gentar kerana mereka adalah makhluk Allah.

    "Apabila diberi RM100, mintalah RM500. Apabila diberi kopi dan teh, mintalah Milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan.

    "Namun apabila diminta untuk mengundi mereka, jawablah dengan lidah yang fasih dan terang. Kami tetap akan undi Harapan," ujarnya dalam suara bergema.

    Sebelum ini, bekas mursyidul am PAS, Nik Aziz Nik Mat juga pernah mengeluarkan kenyataan yang hampir sama.

    MENARIK:  PM: Sabah, Sarawak akan tambah kerusi parlimen

    “Beri pitih, ambik. Beri gula, kacau. Beri kain pakai.

    “Beri kertas undi, pangkah bulan (logo PAS). Dia nak buat guano kito?” katanya ketika itu.

    Bagaimanapun tindakan Shamsul Iskandar itu tidak diterima baik rakan seperjuangannya dalam PKR mahupun daripada BN.

    Pengguna media sosial lain turut mengecam bekas pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu, dengan mengingatkannya mengenai kes rasuah yang sedang dihadapinya di mahkamah.

    Pada Disember lalu, Shamsul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM176,830 daripada ahli perniagaan Albert Tei.

    Dia didakwa menerima suapan ketika memegang jawatan setiausaha politik kepada Anwar bagi membantu syarikat milik Tei mendapatkan lesen perlombongan mineral di Sabah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah