28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Orang Ejek Papan’ – Mekyun

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Mekyun tampil memberikan pandangannya mengenai isu buli dalam kalangan pelajar.

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Normalisasikan Buli’ – Betty Rahmad Seru Ibu Bapa Didik Anak Dari Kecil

    Artikel Berkaitan: Pelajar 11 Tahun Jatuh Bangunan Didakwa Dibuli – ‘Dia Baling Kasut Mangsa’

    Pandangan Mekyun

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee, mendedahkan dia juga merupakan mangsa buli ketika di bangku sekolah.

    Orang panggil dan ejek saya ‘papan’, mereka juga kutuk saya suara macam lelaki. Hampir setiap hari dari tingkatan satu hingga tingkatan dua.

    Disebabkan itu saya jadi insecure sangat dengan diri dan badan sendiri hampir 10 tahun sampai habis universiti.

    Tapi syukur, selepas itu saya berjaya untuk terima dan sayang diri sendiri. Belajar menilai yang kita tidak pernah ditentukan oleh kata-kata orang lain.

    Justeru, Mekyun menyeru agar semua individu menghentikan budaya buli kerana tindakan tersebut meninggalkan kesan mendalam terhadap mangsa.

    Buli bukan benda kecil. Hanya satu ayat yang dianggap bergurau boleh tinggalkan luka yang orang bawa bertahun-tahun. Ada yang sampai bila-bila.

    Kalau awak seorang pembuli, tolonglah berhenti. Jangan bangga dan rasa hebat bila berjaya buat orang lain rasa lemah. Hakikatnya, pembuli selalunya cuma sembunyikan kelemahan dan insecure dengan diri sendiri.

    Walau bagaimanapun, Mekyun menegaskan bahawa dendam terhadap pembuli tidak seharusnya dibalas dengan cara kekerasan tetapi perbuatan itu perlu dilaporkan.

    Tapi dalam masa yang sama, saya juga tak sokong bila trauma dijadikan punca untuk mengambil nyawa orang lain.

    Jadi mangsa buli memang menyakitkan. Saya tahu sebab saya pernah laluinya. Tapi membunuh bukan jawapannya.

    Ingat, jangan jadi pembuli. Jangan diam bila nampak orang dibuli. Dan kalau awak mangsa buli sekarang, jangan pendam seorang diri.

    Minta bantuan. Bercakap dengan seseorang yang awak percaya. Ingat, apa yang orang cakap tentang awak bukan penentu siapa diri dan hidup awak.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  ‘Saya Kena Live, Nanti Orang Kata Tak Luangkan Masa Dengan Anak Pula’

    The post ‘Saya Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Orang Ejek Papan’ – Mekyun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah