Pelakon dan usahawan, Datin Intan Najuwa mendedahkan dia sangat tegas dalam menjaga pemakanan anaknya, Imane Lunara, dengan memastikan pengambilan makanan tanpa garam dan gula sehingga anaknya itu berusia dua tahun.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Pelik Netizen Debat Isu Bangsa Gara-Gara Tanya Tips VBAC – ‘Bukan Pasal Nak Sangat Beranak Normal’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Dengki Bila Nampak Orang Sokong Perniagaan Kita, Lebih Baik Doakan Semua Peniaga’ – Intan Najuwa
Jaga pemakanan anak

Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG), pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, menyatakan bahawa dia amat menitikberatkan aspek pemakanan anaknya.
Namun, dia mengakui suaminya sering memberikan apa sahaja yang diinginkan anak mereka secara senyap tanpa pengetahuannya.
Saya memang amalkan tiada garam dan gula sehingga Lunara berusia 2 tahun.
Saya memang sangat tegas bila bab makanan dia.
Tapi ayah dia selalu bagi apa saja yang dia nak secara diam-diam belakang saya.
Macam-macam dia bagi!
Dua orang tu siap makan sorok-sorok bersama dan sembunyikan daripada saya.
Masih ada rasa takut untuk bersalin

Ditanya mengenai perasaannya bakal bersalin buat kali kedua, Intan mengakui berasa takut memandangkan jarak usia antara anak sulungnya, dan bakal cahaya mata kedua yang tidak jauh selain kemungkinan perlu menjalani pembedahan (Czer) sekali lagi.
Siapa je yang tak takut nak bersalin.
Ada ke orang yang tak takut nak bersalin?
Kata Intan lagi, dia menganggap proses melahirkan anak sebagai satu perjalanan antara hidup dan mati.
Bagaimanapun, kini dia lebih banyak berserah kerana menyedari fasa tersebut tetap perlu dilalui sebagai seorang ibu.
Melahirkan anak adalah satu perjalanan antara hidup dan mati.
Saya dah lebih kepada redha, sebab kalau takut tetap kena bersalin.
So kita berserah dan hadap jela.
Dalam pada itu, Intan turut mengakui dirinya seorang yang mudah berasa takut dan tidak tahan menanggung kesakitan.
Jelasnya lagi, dia sudah berbincang dengan doktor mengenai pilihan pengurusan kesakitan sekiranya bersalin secara normal atau perlu menjalani pembedahan (Czer).
Saya dah pesan siap-siap pada doktor, kalau bersalin normal, saya nak epidural, kalau boleh numb, numb kan terus.
Kalau saya kena czer, saya nak painkiller paling tertinggi di dalam dunia.
Sebab saya memang penakut dan tak tahan sakit.
Kali ini doktor bagi saya greenlogt untuk Vbac, so saya sedang mencuba untuk nak vaccine kali ini.
Saya juga sedang ikut nasihat dari doktor.
Sepanjang pregnant, saya join kelas Pilates pranatal, melakukan beberapa senaman, dan mematuhi semua nasihat serta panduan daripada doktor saya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Lunara pada 15 Disember 2024.
Sumber: Instagram
The post ‘Saya Memang Amalkan Tiada Garam & Gula Hingga Umur Lunara 2 Tahun’ – Intan Najuwa first appeared on OHBULAN!.





