Penyanyi Wani Kayrie tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia bakal membuat gimik mengumumkan perkahwinan ketika persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40, susulan spekulasi yang tular baru-baru ini.
Wani Kayrie nafi buat gimik

Ketika ditemui , Wanie atau nama lengkpanya Syazwani Abdullah menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan andaian itu mungkin timbul kerana lagu ‘Cak Cak Cekuk’ mempunyai elemen yang berkait dengan tema perkahwinan.
Menurut Wanie, dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin, apatah lagi menjadikan perkara itu sebagai konsep persembahan.
Kahwin? tidaklah kut. Awal lagi nak kahwin, mungkin sebab orang rasa lagu ini tentang lagu kahwin, jadi orang ingat saya akan buat tema kahwin.
Tapi kalau boleh, kami cuba buat sesuatu yang lain. Kalau buat benda yang orang dah boleh jangka, nanti orang dah boleh agak. Apa yang saya boleh kata, kahwin itu bukan sayalah, mungkin artis lain.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Jangan Jangan itu berkata dia memilih untuk tidak melakukan sebarang gimik kerana mahu memberi fokus terhadap prestasi persembahannya.
Untuk kali ini saya tak nak ada apa-apa gimik. Saya cuma nak buat persembahan dengan happy. Sebab ini kali pertama. Saya tak nak gimik itu mengganggu fokus dan prestasi saya.
Apa yang saya boleh katakan, saya cuma nak buat persembahan yang memorable untuk semua orang.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun itu mengakui kurang gemar menggunakan gimik untuk menarik perhatian. Sebaliknya, dia lebih selesa mengekalkan konsep yang ringkas.
Sejujurnya, saya lebih suka keep it simple. Bila buat gimik, kita kena bijak dan pastikan semuanya selari sampai hari final.
Bagi saya, kalau ada gimik pun biarlah datang daripada konsep persembahan pada hari itu nanti.
Tapi untuk gimik sebelum persembahan, saya rasa tak perlulah. Sekarang saya sangat fokus untuk AJL, buat yang terbaik dan kekalkan konsep yang sederhana.
The post Wani Kayrie Nafi Buat Gimik Umum Kahwin Di Pentas AJL40, Mahu Fokus Pada Persembahan first appeared on OHBULAN!.





