Pempengaruh, Ameera Khan berkongsi menerima sejambak bunga daripada individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘suami’ bersama sekeping nota yang ditinggalkan.
Artikel Berkaitan: Netizen Terkebil-Kebil Biji Mata Tengok ‘Oufit’ Ameera Khan Tepi Pantai
Artikel Berkaitan: ‘Jika Lelaki Tak Buat Awak Rasa Selamat & Stabil, Jangan Kompromi’ – Ameera Khan Dedah Bapa Sering Kecewa Dengan Pilihan Pasangan
Bunga dari suami?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) dilihat menerima sejambak bunga ros berwarna merah jambu.
Menerusi nota kecil yang diselitkan, individu terbabit menitipkan kata-kata manis sebagai tanda penghargaan atas kehadiran adik kepada usahawan selebriti, Neelofa, dalam hidupnya.
Buat insan tersayang, cahaya dalam hidupku, isteriku yang tercinta. Setiap hari saya sentiasa bersyukur kerana Allah mengurniakan awak dalam hidup saya.
Awak hadir membawa sinar ketika hidup saya terasa gelap. Awak sentiasa menguatkan semangat saya saat lemah dan tidak pernah meninggalkan saya walaupun berdepan pelbagai cabaran.
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati diri awak serta kita semua, sayang.
Bagaimanapun, apa yang meraih perhatian apabila individu terbabit menggelarkan dirinya sebagai ‘suami’ dan menyifatkan pempengaruh berusia 26 tahun itu sebagai ‘isterinya’.
Di mata saya, awak masih secantik dan seanggun kali pertama saya melihat awak. Tiada sedikit pun yang berubah. Semoga Allah terus memberkati dan memelihara kita serta memakbulkan segala doa yang kita panjatkan.
Sentiasalah ingat bahawa saya mencintai awak tanpa penghujung, untuk selama-lamanya, isteriku yang paling berharga.
Your forever, your husband.
Sumber: Instagram @littlemisskhan
The post Ameera Khan Dedah Terima Bunga Ros Dari ‘Husband’? – ‘Saya Sayang Awak, Isteriku Yang Berharga’ first appeared on OHBULAN!.





