28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perbelanjaan pertahanan Nato diunjur melebihi AS$1.8 trilion pada 2026

    Shopee Sale

    Perbelanjaan pertahanan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diunjur melebihi US$1.8 trilion pada 2026, didorong peningkatan pelaburan ketenteraan di seluruh pakatan itu susulan komitmen yang dibuat pada Sidang Kemuncak The Hague tahun lepas.

    Berdasarkan anggaran perbelanjaan pertahanan terbaharu NATO yang dikeluarkan pada Selasa, 32 anggota pakatan itu dijangka membelanjakan lebih US$1.8 trilion secara keseluruhan bagi pertahanan pada 2026, meningkat kira-kira 11 peratus daripada anggaran US$1.63 trilion pada 2025, lapor Anadolu Ajansi.

    Amerika Syarikat (AS) diunjur kekal sebagai negara dengan perbelanjaan ketenteraan terbesar dalam pakatan itu dan dianggarkan mencecah US$1.03 trilion, mewakili kira-kira 57 peratus daripada jumlah perbelanjaan NATO.

    Jerman dijangka berada di kedudukan kedua dengan kira-kira US$147 bilion, diikuti United Kingdom (US$110 bilion), Perancis (US$80 bilion), Itali (US$57 bilion), Poland (US$53 bilion), Kanada (US$52 bilion) dan Turkiye (US$48 bilion).

    MENARIK:  Siasatan SPRM terhadap anak MB Perlis drama PRK, kata Sanusi

    NATO menganggarkan lima sekutu iaitu Lithuania, Estonia, Latvia, Poland dan Greece akan membelanjakan lebih 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi pertahanan teras pada 2026, melepasi penanda aras yang dipersetujui pemimpin pakatan itu pada Sidang Kemuncak The Hague 2025.

    Secara keseluruhan, purata perbelanjaan pertahanan teras NATO diunjur pada 2.86 peratus daripada KDNK.

    Pada Sidang Kemuncak The Hague, sekutu bersetuju untuk melabur lima peratus daripada KDNK bagi perbelanjaan pertahanan dan berkaitan pertahanan menjelang 2035, termasuk 3.5 peratus bagi pertahanan teras dan 1.5 peratus bagi pelaburan berkaitan keselamatan yang lebih luas seperti infrastruktur kritikal, daya tahan dan inovasi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah