Penyanyi Anuar Zain menyifatkan Stadium Merdeka sebagai lokasi bersejarah yang sarat dengan nilai sentimental dan sentiasa dihargai oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.
Artikel Berkaitan: Anuar Zain Pernah Dilabel Tumpang Populariti Ziana Zain – ‘Saya Senyum Ja’
Artikel Berkaitan: Anuar Zain Dedah Arwah Bapa Suka Berdikari, Enggan Susahkan Anak-Anak – ‘Bawa Kereta Sendiri Ke Pasar’
Stadium Merdeka

Ketika ditemui , Anuar atau nama lengkapnya Shahrul Anuar Zain meluahkan rasa teruja apabila dapat menggunakan pentas di Stadium Merdeka menerusi konsert Healing Night 2026.
Saya tidak pernah buat konsert di Stadium Merdeka.
Itu sebab saya teruja dapat turut serta dalam konsert healing ini untuk buat persembahan di stadium paling bersejarah dan tinggi nilainya di negara kita.
Stadium Merdeka merupakan satu sejarah untuk kita semua.
Orang patut tahu terutama generasi muda. Stadium ini antara landmark kita yang sangat berharga.
Anuar berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Healing 2026 yang berlangsung di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Bila Resah’ itu mengakui persembahannya kali ini lebih bermakna, meskipun pernah membuat penampilan di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa SUKMA 1998, yang dihadiri lebih 100,000 penonton.
Tambahnya, dirinya diselubungi rasa gementar namun kehadiran barisan selebriti yang lain seperti Ella dan Dayang Nurfaizah membuatkan dirinya tidak sabar untuk menanti konsert yang bakal berlangsung pad 24 Januari depan.
Paling besar pun di Stadiuam Nasional Bukit Jalil.
Saya gementar sebenarnya tapi dengan Ella kami dah berkawan jadi ia mengurangkan rasa itu.
Konsert Healing Night 2026 ini disokong hebat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC.
Bagi yang berminat, tiket boleh didapat menerusi laman web Ticket2u dengan harga serendah RM190.
The post Anuar Zain Teruja ‘Perform’ Di Stadium Merdeka, Lokasi Bersejarah Buat Rakyat Malaysia first appeared on OHBULAN!.





