Sunway Pyramid baru-baru ini menjadi lokasi berlangsungnya satu konvoi khas melibatkan rakan penghantar wanita Grab sempena inisiatif #SisBoleh hasil kerjasama antara Grab Malaysia dan Kiehl’s.
Acara tersebut menghimpunkan seramai 100 rakan penghantar wanita Grab yang bergerak dalam satu konvoi dari Main Entrance ke Orange Entrance Sunway Pyramid.
Bukan itu saja, konvoi ini turut berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Most Female Delivery-Partners in a Convoy”.
Bukan sekadar konvoi, tapi ruang raikan rakan penghantar wanita Grab
Konvoi ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap rakan penghantar wanita yang menjadi sebahagian daripada komuniti yang mengerakkan bandar ini setiap hari.

Turut hadir memeriahkan acara ialah wakil daripada Grab, Kiehl’s, Sunway Pyramid serta Malaysia Book of Records bagi menyaksikan pencapaian tersebut.
#SisBoleh membina semangat komuniti Rakan Wanita Grab
Menerusi inisiatif #SisBoleh, Grab dan Kiehl’s turut mengetengahkan semangat serta dedikasi rakan penghantar wanita yang sentiasa komited menjalankan tugas harian mereka.
Gandingan mantap Grab x Kiehl’s di bawah payung kempen #SisBoleh ini bukan sekadar mengejar sijil pengiktirafan MBOR semata-mata, tetapi ia menjadi simbol kekuatan jiwa wanita dalam menggerakkan ekonomi keluarga serta kota kita pada setiap hari.
Inisiatif ini juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk meraikan wanita dalam komuniti gig ekonomi, dimana 74% rakan penghantar wanita Grab melaporkan mencapai tahap kebebasan kewangan yang lebih baik.
Ia juga menunjukkan bahawa mereka dapat menjana pendapatan yang mampan, serta juga menyokong diri atau keluarga.

Kiehl’s bantu ‘jaga’ perlindungan rakan penghantar wanita
Jenama penjagaan kulit antarabangsa itu hadir sebagai rakan kolaborasi untuk meraikan wanita-wanita hebat yang terlibat dalam konvoi bersejarah tersebut, sambil memperkenalkan rangkaian sunscreen baharu mereka.
Setiap rakan penghantar yang menyertai konvoi ini turut membawa pulang beg cenderahati eksklusif daripada Kiehl’s sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan semangat komuniti wanita Grab yang sentiasa komited berada di jalan raya setiap hari.
Tahniah Grab Malaysia & Kiehl’s!
Tahniah kepada Grab Malaysia dan Kiehl’s atas kejayaan mencipta rekod Malaysia Book of Records menerusi konvoi rakan penghantar wanita terbesar ini!
Kalau korang nak tengok lagi momen menarik sepanjang acara #SisBoleh ni, boleh follow platform digital Grab Malaysia dan Kiehl’s untuk highlight penuh, gambar eksklusif dan recap sekitar acara di Instagram dan TikTok mereka.
The post Bukan Biasa-Biasa, 100 Rakan Penghantar Wanita Grab Kini Pemegang Malaysia Book Of Records! first appeared on OHBULAN!.





