29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ini Menjadi Satu Dakwah & Saham Akhirat Yang Saya Ingin Sampaikan’ – Aaron Aziz

    Shopee Sale

    Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz kini menyertai Karva Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai pemilik bersama yang turut memfokuskan kepada pakej ibadah umrah serta pelancongan mesra Muslim.

    Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Faham Perasaan Yusry, Yakin Ada Hikmah Belum Rezeki Tunai Haji – ‘Suami Mana Yang Tak Mahu Beribadah Bersama Isteri’

    Pengalaman di Tanah Suci 

    Ketika ditemui , Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 50, berkata, pengalaman menunaikan haji dan umrah sebelum ini telah menjadi salah satu pencetus kepada dirinya untuk memberikan perkhidmatan yang selesa kepada jemaah.

    Sebelum ini di agensi lain saya hanya dilantik sebagai duta sahaja dan tak ada kuasa untuk mengendalikan jemaah.

    Tetapi untuk agensi ini dari awal hingga akhir dan setiap perkara melibatkan jemaah saya ambil tahu. Saya mahu semuanya yang terbaik untuk mereka.

    Pernah sebelum ini kepercayaan segelintir masyarakat pada agensi umrah makin berkurang, jadi kami ingin meningkatkan kepercayaan mereka semula yang mungkin rasa takut akan scammer umrah.

    Jadi saya banyak belajar daripada pengalaman sebelum ini yang turut memberikan saya semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat jemaah.

    Memahami keperluan jemaah di Tanah Suci, Aaron yang turut bertindak sebagai Pengarah Karva Travel & Tours Sdn. Bhd. itu berharap agar dengan penubuhan agensi ini dapat menjadi antara ladang pahala buatnya dan seluruh staf yang terlibat.

    Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan dan wujudnya Karva Travel & Tours.

    Insyallah, mudah-mudahan inilah juga menjadi satu dakwah dan saham akhirat yang saya ingin sampaikan.

    Perjalanan umrah 

    Dalam masa sama, Aaron berkata pihaknya juga akan memberi tumpuan khusus untuk jemaah yang memerlukan perhatian seperti individu yang mempunyai masalah kesihatan atau warga emas, supaya ibadah mereka dapat dilaksanakan dengan lancar sepanjang di Tanah Suci.

    Sebab itu penyertaan saya bersama Karva Travel & Tours sangat dekat di hati saya. Saya melihat umrah bukan sekadar perjalanan fizikal ke Tanah Suci, tetapi satu perjalanan hati. 

    Ada orang yang sudah lama menyimpan impian untuk menjadi tetamu Allah tetapi masih takut melangkah kerana kekangan ilmu, kesihatan, usia atau keyakinan diri.

    Ada juga yang perlukan bimbingan dan sokongan untuk memulakan langkah pertama mereka. 

    Jadi kalau dengan pengalaman, jaringan dan usaha yang kami ada ini dapat membantu memudahkan urusan ibadah mereka, bagi saya itu satu amanah yang sangat besar nilainya. 

    Saya mahu orang ramai rasa bahawa mereka tidak berjalan sendirian, tetapi ditemani dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan sepanjang perjalanan spiritual itu.

    Selain itu, pelakon filem The Expert ini juga menyimpan impian untuk melihat agensi di bawah kelolaannya dapat menawarkan pakej haji pada masa akan datang.

    MENARIK:  Malaysia Bangga! Anna Jobling Tercalon Di Seoul International Drama Awards 2025

    Untuk info, KARVA Travel Group Pte. Ltd, ditubuhkan di Singapura pada tahun 2022, yang diterajui oleh Jai Wahab dan Rozza Ramli. Agensi ini telah membina reputasi cemerlang dalam mengendalikan pengurusan perjalanan yang holistik.

    Agensi ini amat dikenali dengan komitmennya terhadap layanan hospitaliti yang tinggi, pengurusan logistik yang tersusun, serta penyediaan penjagaan perubatan yang bersifat peribadi (personalized). 

    The post ‘Ini Menjadi Satu Dakwah & Saham Akhirat Yang Saya Ingin Sampaikan’ – Aaron Aziz first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah