29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ammar Ahyan Terima Nasihat Aliff Syukri, Cuba Benda Baru Waktu Muda – ‘Saya Tak Menyesal Terima Tawaran Ini’

    Shopee Sale

    Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mendedahkan dia menerima tawaran sebagai wajah kempen selepas disarankan oleh bapanya sendiri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Bila Saya & Suami Sudah Tiada, Ammar Mampu Uruskan Jenazah Kami’ – Shahida

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Tinggal, Shahida Wajibkan Anak Ikut Ziarah Raya – ‘Nak Biasakan Mereka Bergaul’

    Teroka perkara baru

    Menurut Ammar, dia digalakkan untuk mencuba serta meneroka perkara baharu ketika usia masih muda sebagai satu proses pembelajaran buat dirinya.

    Biarpun mengakui tidak semua pengalaman yang dilalui itu indah, Ammar, 18, bagaimanapun tetap menikmati setiap proses yang dilalui sepanjang terlibat dalam bidang tersebut.

    Ayah saya yang cadangkan supaya saya terima tawaran ini dan jadikan ia sebagai satu tempat untuk belajar.

    Daripada situ saya belajar cara untuk posing dan senyum supaya tak nampak terlalu kayu.

    Biasalah bila masih dalam proses belajar, ada masa kita seronok, ada juga masa rasa penat dan merungut. Tapi setakat ini saya okey dan gembira.

    Tambah abang kepada lima adik-beradik itu, dia juga tidak pernah menyesal menerima tawaran berkenaan walaupun sebelum ini lebih banyak memberi fokus terhadap bidang perniagaan.

    Saya tak menyesal terima tawaran ini sebab bukan saja dapat duit, tapi dapat tambah ilmu dan pengalaman juga.

    Kalau dulu saya banyak habiskan masa dengan kawan-kawan, sekarang saya dah mula faham penat lelah untuk cari duit.

    Ammar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Magik Teh & Kamu yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Khamis.

    MENARIK:  ‘Sentiasa Semat Dalam Kepala Saya, Sudah Ada Isteri.. Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?’ – Fattah Amin

    Selain Ammar, Emma Sofea turut dipilih mewakili generasi muda sebagai wajah kempen terbaharu bersama rangkaian Teh Yeo’s.

    Sementara itu, Pengarah Pemasarannya, Renda Low berkata kempen tersebut diwujudkan bagi meraikan pelanggan dalam setiap detik kehidupan menerusi pengalaman yang lebih segar, ceria dan dekat dengan jiwa.

    Kami berharap Teh Yeo’s menjadi momen magis yang menceriakan hari mereka, bila-bila masa dan di mana jua.

    Selain itu, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan kempen ini, Yeo’s Malaysia turut memperluaskan ekosistem kandungannya menerusi pelbagai inisiatif termasuk video digital, sesi podcast, aktiviti TikTok LIVE, kolaborasi bersama pempengaruh serta perkongsian detik menikmati teh yang berinspirasikan gaya hidup masa kini.

    The post Ammar Ahyan Terima Nasihat Aliff Syukri, Cuba Benda Baru Waktu Muda – ‘Saya Tak Menyesal Terima Tawaran Ini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah