
Pelakon Atikah Suhaime mengundang perhatian selepas mendedahkan telah mengambil bius epidural sewaktu bersalin anak sulungnya, Lyla Mulan Teh, pada Sabtu.
Ambil epidural beranak selesa

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime berkata dia membuat keputusan untuk mengambil bius tersebut kerana mahu mengelakkan trauma.
Saya sebenarnya induce sebab susah nak pantau pergerakan baby. Asyik datang hospital sebab panik baby tidak gerak tetapi semua adalah false alarm.
Disebabkan itu, doktor cadangkan supaya induce. Saya tidak bersedia secara mental untuk lahirkan anak lebih awal.
Lahir pakai epidural memang selesa, sakit rasa macam nak buang air besar sahaja.
Jelas isteri kepada Datuk Lokman Teh, meskipun dia mengambil epidural namun dia juga seperti wanita lain, dapat menikmati proses bersalin.
Alhamdulillah sebab tidak terlalu sakit, saya boleh mendengar arahan dengan tenang. Kalau ibu-ibu di luar sana pertama kali nak bersalin normal, epidural sangat-sangat penting untuk elakkan trauma dan koyak.
Tiada istilah tidak dapat rasa nikmat beranak.
‘Kenapa perut tak kempis?’

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman melahirkan anak mereka selain mengecam tindakan pelakon tersebut dengan berkongsi mitos di sebalik pengambilan bius tersebut.
Tidak hanya itu, sesetengah mereka juga turut mempersoalkan perut pelakon tersebut kerana dilihat tidak kempis selepas melahirkan anak.
Siapa first time mum kat sini? Samalah kiter ? #fyp #lylamulanteh #tiktokmalaysia #newmum #swaddle
? original sound – TikaMe – TikaMe





