26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno N Sembilan dakwa ada majoriti mudah bentuk kerajaan

    Shopee Sale

    Umno Negeri Sembilan mendakwa mereka sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri dengan sokongan lima Adun PN.

    Dalam kenyataan bersama, 14 wakil rakyat Umno itu berkata mereka menghargai keprihatinan yang dizahirkan oleh Adun-Adun PN berhubung kemelut yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri pada saat ini.

    “Umno-BN sentiasa bersikap pragmatik dan inklusif. Kami percaya bahawa penyatuan suara majotiti Adun mampu memberikan naratif baru yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negeri dan mempertahankan adat di negeri ini.

    “Maka dengan itu, melalui kenyataan sokongan daripada lima Adun PN, Umno telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu.

    Terdahulu PN mengumumkan sedia bekerjasama selepas 14 Adun Umno menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.

    PN mempunyai tiga Adun daripada PAS iaitu Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) dan Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting).

    MENARIK:  Lim Ting Khai satu-satunya bukan Melayu dalam Majlis Tertinggi Bersatu

    Dua lagi Adun PN ialah wakil Bersatu iaitu Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu) Ridzuan Ahmad (Gemas).

    Bagaimanapun Aminuddin dalam sidang medianya petang ini berkata, dia akan terus berkhidmat seperti biasa selaku menteri besar.

    Katanya, dia telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan dititahkan untuk terus mentadbir selagi belum ada "kejelasan muktamad" seperti usul undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri (DUN).

    Dalam perkembangan itu Adun Umno menegaskan keterbukaan mereka diambil demi kepentingan negeri dan majoriti Adun mempertahankan adat.

    “Umno-BN menyambut baik kesediaan lima Adun PN untuk bekerjasama demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan. Dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian.

    “Kami berjiwa besar untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera,” menurut kenyataan itu lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah