34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MB di hujung tanduk: Pelbagai pihak adakan mesyuarat tergempar

    Shopee Sale

    Dengan nasib kerajaan negeri Madani yang kini tidak menentu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun memanggil satu mesyuarat tergempar di kediaman rasminya pada jam 3 petang.

    Sin Chew Daily, melaporkan Aminuddin - yang juga pengerusi PH negeri – mengarahkan semua 17 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada gabungan itu untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

    Laporan yang memertik sumber itu juga menyebut DAP Negeri Sembilan, yang memegang 11 kerusi negeri, bakal mengadakan mesyuarat berasingan di pejabat parti pada jam 2 petang.

    Kemelut politik itu tercetus selepas Umno Negeri Sembilan pagi ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap Aminuddin, dari PKR.

    Pengerusi Umno negeri Jalaluddin Alias berkata keputusan itu dibuat secara sebulat suara oleh semua 14 Adun Umno, dengan alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Aminuddin susulan krisis diraja yang melanda negeri itu minggu lepas.

    Dia berkata satu surat rasmi akan diserahkan kepada speaker dan setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas sidang media tersebut.

    MENARIK:  Anwar adakan lawatan kerja ke Tawau

    Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi dan sebanyak 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri, manakala PH ketika ini memegang 17 - bermakna penarikan diri Umno sudah cukup untuk menumbangkan pentadbiran itu.

    Dua senario kini kelihatan mungkin berlaku.

    Pertama, Umno boleh mendesak PH untuk menyokong salah seorang Adun mereka sebagai menteri besar bagi mengekalkan pakatan Madani di peringkat persekutuan.

    Alternatif lain, Umno boleh menjajajarkan diri dengan Perikatan Nasional, yang memegang lima kerusi, yang berpotensi membawa kepada tumbangnya gabungan Madani di negeri itu.

    Menambah kepada spekulasi adalah satu hantaran samar oleh Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari, yang mengucapkan tahniah kepada Umno Negeri Sembilan.

    “Tahniah Umno Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan ummah!” katanya.

    PAS secara konsisten menyeru semua parti politik Melayu-Islam untuk bergandingan bagi memelihara kepentingan bangsa dan agama.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah