Pelakon Fatin Afeefa mengakui memahami cabaran membesarkan anak kecil yang aktif, yang adakalanya boleh menguji tenaga dan kesabaran.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Denial, Tapi Saya Pilih Untuk Tawakal’ – Fatin Afeefa
Artikel Berkaitan: Opai Dedah Fatin Afeefa Jemput & Belanja Makan Masa First Date – ‘Kalian Mesti Tak Tahu…’
Penat jaga anak

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu bertanyakan sama ada wajar atau tidak pembantu rumah turut berehat seiring dengan waktu anak-anak tidur pada waktu siang.
Nak tanya, okay ke kalau pembantu rumah tidur sekali dengan anak-anak?
Hantaran tersebut menarik perhatian Fatin yang mengakui dirinya juga berasa penat.
Justeru, mengambil keputusan untuk mengupah pembantu agar dia turut dapat berehat.
Anak-anak saya semua jenis buas (nakal).
Jadi, saya faham untuk jaga anak yang masih kecil sangat memenatkan sebab saya jaga pun penat juga.
Sebab itu saya ambil pembantu rumah untuk jaga anak-anak saya.
Dan kalau dia nak berehat pun tak apa, rehat sahaja.
Asalkan jaga dengan baik

Dalam masa sama, aktres filem Tentang Bulan itu menegaskan bahawa selagi dijaga dengan baik, dia berasa tenang, apatah lagi anaknya kini sudah mula menyayangi pembantu tersebut.
Janji dia jaga anak-anak saya dengan elok.
Anak-anak saya pun sayang dengan dia.
Selain itu, Fatin turut menekankan bahawa penggunaan telefon hanya dibenarkan sekali seminggu.
Yang penting, bagi pegang phone seminggu sekali sahaja.
Sumber: Threads
The post Jaga Anak Yang Masih Kecil Sangat Memenatkan, Sebab Itu Saya Ambil Pembantu Rumah’ – Fatin Afeefa first appeared on OHBULAN!.





