34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zubir Khan Kongsi Foto Bersama Pilihan Hati, Kapsyen ‘Alhamdulillah One Step Closer’ Curi Perhatian

    Shopee Sale

    Hantaran penyanyi Zubir Khan di Instagram menarik perhatian warganet apabila berkongsi momen istimewa bersama seorang wanita yang dipercayai pilihan hatinya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zubir Khan Terkejut Dinobat Ikon Perpaduan, Akui Lagu Yennode Macha Membantu – ‘Tak Pernah Jangka Untuk Dapat’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mimpi Masih Ada Tangan..Bukan Tak Bersyukur Tapi Rindu’ – Zubir Khan

    Tahniah!

    View this post on Instagram

    A post shared by Zubir Khan (@zubirkhan_)

    Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Zubir, atau nama penuhnya Muhammad Ali, menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

    Menerusi perkongsian gambar tersebut, Zubir kelihatan segak mengenakan busana kurta pijama berwarna ungu lembut, manakala pasangannya tampil anggun dan manis menggayakan sari warna sedondon.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Cinta Boleh Pudar & Sirna, Tapi Rasa Belas Kasihan Takkan Padam’ – Fadzilah Kamsah

    Pelantun lagu ‘Oh My Kadhale’ itu turut memuat naik kapsyen ringkas namun bermakna, ‘Alhamdulillah one step closer’, menandakan status hubungan mereka kini sudah berganjak ke fasa yang lebih serius.

    Hantaran tersebut turut memaparkan momen Zubir Khan menghadiahkan sejambak bunga kepada pilihan hatinya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan ini.

    Sumber: Instagram

    The post Zubir Khan Kongsi Foto Bersama Pilihan Hati, Kapsyen ‘Alhamdulillah One Step Closer’ Curi Perhatian first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah