26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN Pahang optimis kekal teraju Pahang lepas PRU16

    Shopee Sale

    BN Pahang optimis dapat mengekalkan penguasaan di negeri itu pada PRU ke-16 bersandarkan kepada rekod cemerlang pentadbiran kerajaan negeri.

    Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail yang juga menteri besar berkata dasar kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan kebajikan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban antara yang perlu dinilai rakyat sebelum membuat pilihan.

    “Realitinya, rakyat akan buat penilaian berdasarkan prestasi kerajaan negeri… sebagai contoh apabila harga barang naik akibat krisis bekalan global, kerajaan negeri tampil memberi bantuan barang dalam bentuk makanan kepada mereka yang terjejas,” katanya di Rompin hari ini.

    Wan Rosdy berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PN Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyasarkan PN menguasai 26 daripada 42 kerusi DUN serta 10 kerusi parlimen negeri itu, sekali gus membentuk kerajaan selepas PRU ke-16.

    MENARIK:  ULASAN | Perangkap pengurusan identiti tanpa perancangan jelas

    Naib Presiden Umno itu berkata BN Pahang tidak gentar dengan sasaran PN, sebaliknya akan berusaha keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi DUN, sekali gus membentuk kembali kerajaan negeri.

    Terdahulu, Wan Rosdy merasmikan majlis penyerahan kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Pinggiran Pelangi dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Muadzam Shah Daerah Rompin.

    Pada majlis itu, sebanyak 102 daripada 112 penerima hadir bagi menerima kunci rumah projek fasa satu PR1MA Pahang Pinggiran Pelangi.

    Projek itu dibangunkan di atas tanah kerajaan seluas 24.28 hektar dan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada 19 Mac lepas.

    Secara keseluruhan, projek itu melibatkan sebanyak 412 unit rumah dengan nilai RM61.8 juta dan dilaksanakan secara empat fasa.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah