Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang perkembangan berkaitan isu pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan diumumkan kemudian.
“Kita akan umum kemudian,” kata Anwar yang juga Pengerusi PH ringkas kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Pusat Inovasi dan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) Huawei, di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia akan mengadakan pertemuan dengan Anwar berkaitan isu berkenaan dalam masa terdekat.
Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata ia bagi membincangkan hal berkaitan tindakan 14 Adun BN menarik sokongan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, hari ini.
Sebelum itu, Pengerusi Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias berkata keputusan semua 14 Adun Umno menarik sokongan secara sebulat suara terhadap Aminuddin itu adalah susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.





