Usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang individu yang didakwa tidak melunaskan hutang, sekali gus menyalahgunakan pertolongannya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Sindir Kesalahan Dengan Kerja Atau Usaha’ – Hafiz Mahamad Perjelas Sebab Tidak Buang Staf Perli Cik Epal
Artikel Berkaitan: Syafiqah Aina Pertahankan Hafiz Mahamad Isu Surat Penghargaan Staf – ‘Dia Memang Pilih Buat Secara Santai & Lebih Personal’
Kehendak bukan keperluan

Menerusi satu hantaran di Threads, Hafiz mendedahkan bahawa dia memberikan pinjaman berjumlah puluhan ribu ringgit.
Tambahnya lagi, bantuan tersebut tetap diberikan meskipun ia lebih menjurus kepada kehendak berbanding keperluan, selain turut memastikan surat perjanjian ditandatangani terlebih dahulu.
Dia susah, minta pinjam duit.
Dia sign surat dan kita pun bagi pinjam berpuluh ribu ringgit untuk membantu walaupun perkara itu memenuhi kehendak bukan keperluan.
Bila tak mampu bayar, kita diam sahaja.
Anggap kalau mampu nanti dia akan bayar, jika tidak mampu, biar sahaja.
Seolah-olah ingin jatuhkan reputasi

Dalam pada itu, Hafiz mendakwa kebaikannya dibalas dengan sikap tidak wajar, termasuk hasutan serta tindakan memutar belit cerita yang seolah-olah bertujuan menjatuhkan dirinya.
Eh tapi dibalasnya bukan benda baik, tapi hasutan dan sikap putar belit yang berimej kan ‘nice person’.
Paling pelik, perbuatannya seolah-olah nak sangat kita ‘sedih dan jatuh’.
Sehubungan itu, dia turut menyifatkan situasi tersebut sebagai satu peringatan bahawa sifat empati tidak seharusnya disalahgunakan.
Manusia lah manusia, sifat empati kita jangan disalah guna.
Sumber: Threads
The post ‘Bagi Pinjam Berpuluh Ribu Walaupun Itu Kehendak, Tapi Perbuatannya Seolah-Olah Nak Kita Jatuh’ – Hafiz Mahamad first appeared on OHBULAN!.





