34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Penyatuan ummah’ bermula di Negeri Sembilan – PAS

    Shopee Sale

    PAS memberi bayangan terdapat penjajaran semula parti politik di Negeri Sembilan, di tengah-tengah penarikan balik sokongan Umno terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun.

    “Tahniah Umno Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan ummah!” kata ketua penerangannya Fadhli Shaari di media sosial, tanpa huraian lanjut.

    Status itu mencetuskan tanda tanya sama ada idea Muafakat Nasional (MN) akan tercetus kembali, yang mungkin membawa kepada perubahan kerajaan dan pucuk pimpinan.

    Pagi ini, Umno mengumumkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin daripada PKR serta akan menghantar surat pemakluman kepada speaker Dewan Undangan Negeri dan setiausaha negeri.

    MENARIK:  Penahanan 6 rakyat Malaysia di Thailand berpandukan bukti kukuh

    Mereka antaranya membangkitkan isu pertikaian diraja melibatkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar, selepas dipecat oleh undang.

    BN mempunyai 14 kerusi DUN berbanding 17 di pihak PH, selain lima milik Perikatan Nasional (PN). 

    Kerajaan boleh tumbang jika BN membentuk pakatan bersama PN.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah