Penyanyi Ameng Spring menegaskan hubungan antara anak dan ibu bapa adalah satu ikatan yang tidak mungkin terlerai, walau diuji dengan apa jua keadaan sekalipun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azeva Natassha Dedah Pernah Dijaga Peminat Wanita Ameng – ‘Mereka Main Patung Barbie Dengan Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Tumpang Populariti Saya, Dah Tiada Modal Lain’ – Ameng Cabar Liza Hanim Popularkan Anak
Hubungan anak beranak

Ketika ditemui , Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail berkongsi momen dirinya dan anak perempuan, Azeva ketika dirinya dipenjarakan.
Menurut Ameng, Azeva merupakan salah seorang anak yang sering menghantar surat kepadanya untuk bercerita tentang kehidupan seharian.
Sebenarnya hubungan antara anak dan ibu bapa, walau bagaimana keadaan, anak akan tetap sayang.
Ketika saya dalam penjara, Azeva selalu hantar surat pada saya.
Dia mengadu tak boleh pergi sekolah sebab dihina.
Walaupun saya dalam penjara ketika itu, dia cakap saya adalah ayah yang terbaik.
Ameng berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini
Mengulas lanjut mengenai hubungan bersama bekas isteri dalam mendidik anak-anak, Ameng berpendapat A. Aida menunjukkan perubahan positif dan menjadi lebih baik selepas melalui detik hitam bertarung nyawa ketika koma di hospital.
Bagi pendapat saya, selepas dia sihat daripada koma, dia berubah.
Selepas dia pakai tudung, saya tengok dia dah lain.
Dia dah boleh fikir mana yang rasional.
Sekadar info, Ameng pernah mendirikan rumah tangga dengan A Aida pada tahun 1993 sebelum bercerai pada 2004.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Azeva Natassha dan Wan Az Aleesa yang dijaga sepenuhnya oleh A Aida selepas perceraian.
The post ‘Walaupun Dalam Penjara, Azeva Cakap Saya Ayah Yang Terbaik’ – Ameng Spring first appeared on OHBULAN!.





