Perkongsian di Instagram Story milik pengacara, Sharifah Shahirah mencuri perhatian apabila dia memuat naik video yang memaparkan isteri kepada pelawak Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub tidak bertudung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nabil Tanpa Sengaja Muat Naik Video Lama ‘Free Hair’ – Zira Ayub
Tak pakai tudung

Menerusi hantaran tersebut, Shahirah berkongsi klip yang menunjukkan Nabil bersama Zira serta beberapa ahli keluarga lain baru sahaja tiba di kediamannya.
Namun, apa yang menjadi perhatian ialah kelibat Zira yang dilihat mengenakan pakaian berona kelabu tanpa berhijab ketika berada di luar kawasan rumah.
Malah, Zira turut dilihat cuba bersembunyi di belakang sebuah kenderaan sebaik menyedari dirinya dirakam dari jauh oleh Shahirah.
Terdahulu, Zira pernah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan dirinya tidak berhijab ketika bercuti ke luar negara pada tahun 2024.
Nabil dalam satu temu bual berkata, isterinya tidak sengaja memuat hantaran tersebut dan menegaskan klip itu merupakan video lama.
Sumber: Instagram
The post Sharifah Shahirah Tak Sengaja Rakam Video Isteri Nabil Ahmad Tak Bertudung first appeared on OHBULAN!.





