33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pikap langgar anjing terbiar: NGO desak tindakan tegas, bidas tindakan zalim

    Shopee Sale

    Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa siasatan segera dilakukan terhadap satu insiden yang memaparkan sebuah pikap didakwa sengaja melanggar seekor anjing terbiar di sebuah kawasan perumahan di Ulu Tiram, Johor.

    Insiden yang dilaporkan berlaku pada 15 Mei itu dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV), dan rakaman tersebut tular sejak itu.

    Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan sebuah pikap  merah melanggar seekor anjing, menyebabkan haiwan itu meronta di atas jalan di hadapan rumah penduduk.

    Berita Harian melaporkan bahawa berdasarkan video dan maklumat awam kenderaan atau individu yang terlibat dipercayai kontraktor, subkontraktor, ejen atau aktiviti pihak berkuasa tempatan.

    MENARIK:  Beri ruang generasi baru, Kok Wai, Kui Lun tarik diri dari pemilihan DAP

    "Sekiranya operasi kawalan haiwan dijalankan, ia seharusnya mengikut undang-undang, prosedur yang betul dan piawaian yang berperikemanusiaan.

    "SAFM menyeru pihak berkaitan, termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan polis untuk mengambil tindakan segera termasuk di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan mana-mana undang-undang lain yang terpakai.

    "Mereka harus kenal pasti pemandu, pemilik kenderaan dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab ke atas penggunaan kenderaan pada masa terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Johor Bahru memberitahu akhbar tersebut bahawa, pihaknya sudah menerima aduan terbabit.

    "Kami akan beri maklum balas segera berhubung kejadian ini," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah