32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ejen Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terharu Dipilih Tunai Haji – ‘Saya Yakin Tak Ada Yang Akan Tolak Tawaran Ini’

    Shopee Sale

    Salah seorang ejen usahawan terkenal, Hafiz Mahamad dan isteri Syafiqah Aina meluahkan rasa syukur apabila dirinya telah dipilih oleh pihak syarikat untuk menunaikan haji.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Suka Sindir Kesalahan Dengan Kerja Atau Usaha’ – Hafiz Mahamad Perjelas Sebab Tidak Buang Staf Perli Cik Epal

    Artikel Berkaitan: Syafiqah Aina Pertahankan Hafiz Mahamad Isu Surat Penghargaan Staf – ‘Dia Memang Pilih Buat Secara Santai & Lebih Personal’

    Jemputan haji

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Aira itu memuat naik surat tawaran yang terkandung ucapan tahniah daripada pihak syarikat di atas pemilihannya sebagai jemaah haji.

    Pemilihan Aira untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu adalah kerana kesetiaannya yang penuh dedikasi sebagai ejen di syarikat tersebut.

    Pihak Ainaa dengan penuh rasa syukur dan berbesar hati menyediakan pakej menunaikan ibadah haji sebagai tanda penghargaan yang ikhlas dan atas kesetiaan, dedikasi serta komitmen luar biasa yang telah dicurahkan sepanjang bersama Ainaa sejak tahun 2018 hingga kini.

    Aira telah memberi contoh dan inspirasi kepada kami sera rakan-rakan ejen yang lain. Jasa dan sumbangan Aira adalah sesuatu yang amat dihargai dan tidak ternilai harganya.

    Dalam pada itu, Aira yang bakal berangkat ke Tanah Suci pada 20 Mei ini turut terharu dengan penghargaan yang disifatkan sangat istimewa.

    100% yakin tak ada seorang pun manusia dekat bumi ini akan tolak surat tawaran macam ini.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas hasil kerja keras Aira sehingga diberi penghargaan seperti itu oleh pihak syarikat.

    MENARIK:  Aishah Membuat Konsert Percuma, Menghiburkan Pemandu yang Terperangkap dalam Kesesakan Lalu Lintas di Depan Rumah

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Ejen Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Terharu Dipilih Tunai Haji – ‘Saya Yakin Tak Ada Yang Akan Tolak Tawaran Ini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah