32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak bekas MB Perlis lepas, bebas pertuduhan kemuka tuntutan palsu

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen Kangar hari ini melepas dan membebaskan anak lelaki bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 pada Feb 2024.

    Hakim Nu'aman Mahmud Zuhudi dalam penghakimannya berkata mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie terhadap kes Mohd Syafeeq Mohd Shukri setelah mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi.

    “Oleh yang demikian tertuduh dilepaskan, dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri, wang jaminan (RM20,000) dikembalikan,” kata hakim berkenaan.

    Pada 23 Mei 2024, Mohd Syafeeq, 37, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan memberi satu dokumen iaitu Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis kepada Nurul Nabilah Mohd Sukri yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 19 Feb 2024 dengan niat memperdayakan prinsipalnya.

    MENARIK:  Mahkamah benarkan Rosli cabar polis kaitkannya dengan laporan AirAsia

    Mohd Syafeeq didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tuntutan berjumlah RM19,505.10 bertarikah 14 Feb 2024 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar itu mengandungi butir matan palsu.

    Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(2) akta sama.

    Mohd Syafeeq diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.

    Sementara itu, bercakap kepada pemberita Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Fariz Abdul Hamid, yang mengendalikan pendakwaan kes itu berkata 11 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang tempoh dua tahun perbicaraan kes berkenaan.

    Ahmad Fariz berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan notis rayuan kepada Mahkamah Tinggi Kangar dalam tempoh 14 hari untuk semakan keputusan mahkamah sesyen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah