32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setiap Hari Saya Pergi Kubur Arwah… Hujan Pun Pergi, Nak Hilangkan Rindu’ – Amyza Aznan

    Shopee Sale

    Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan mendedahkan dia akan menziarahi pusara Allahyarham anaknya, Andre Mikhail setiap hari tanpa gagal sebagai cara melepaskan rasa rindu yang masih menebal dalam hati.

    Artikel Berkaitan: Selepas 30 Minit Muncul Atas Pentas, Anak Amyza Aznan Dilamar Komposer Untuk Ada Lagu Sendiri

    Rutin ziara kubur

    Menurut Amyza, 50, rutin menziarahi kubur anak tercinta itu dilakukan hampir setiap hari selagi tidak terikat dengan urusan kerja atau komitmen lain.

    Saya setiap hari akan pergi ziarah kubur arwah kecuali kalau ada kerja dan tugasan lain. Itu adalah cara saya ‘healing’ dan hilangkan rindu.

    Setiap kali pergi kubur arwah, memberi satu ketenangan dan kepuasan dalam jiwa. Walaupun pergi sekejap, saya boleh bersihkan kuburnya, janji pergi.

    Amyza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kelima Talk To My Manager 2 (TTMM2) di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

    Menurut Amyza lagi, cuaca bukan penghalang untuk dirinya menziarahi pusara arwah anak, malah dia sanggup meredah hujan demi meneruskan rutin tersebut.

    Hujan pun saya akan pergi kubur. Hujan biasa atau hujan lebat saya akan pergi juga, kalau ada petir saya tidak pergi lah.

    Dalam masa sama, Amyza turut berkongsi keadaan emosinya yang kini semakin stabil selepas melalui episod duka kehilangan anak tersayang.

    MENARIK:  Karya Bertaraf Antarabangsa, Ini 4 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton ‘Blood Brothers’ Di Pawagam Mulai Hari Ini!

    Katanya, dia sudah mula kembali menerima tawaran kerja selepas sebelum ini banyak menolak komitmen kerana masih belum kuat dari segi emosi.

    Awal-awal tahun saya banyak tolak tawaran. Sekarang dah masuk bulan Mei dan Jun, saya terima semula tawaran berlakon dan sebagainya.

    Insya-Allah saya akan mula penggambaran. Kalau bercakap soal mental, saya masih ‘gila’ macam dulu.

    Cuma perasaan rindu dan kehilangan masih tidak boleh dibuang sehingga sekarang. Sejujurnya setiap hari akan teringat arwah dan pasti menitiskan air mata.

    Untuk rekod, Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung dengan kanser paru-paru tahap tiga.

    The post ‘Setiap Hari Saya Pergi Kubur Arwah… Hujan Pun Pergi, Nak Hilangkan Rindu’ – Amyza Aznan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah