Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui dia kini terbuka untuk mencari pasangan hidup.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Tegur Netizen Jangan Banding Suara Penyanyi Lama Dengan Zaman Muda – ‘Yang Ada Expiry Date Tu Makanan, Bukan Insan Seni’
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Tegur Sikap Suka Jatuhkan Orang Di Media Sosial – ‘Jiwa Mereka Kosong, Lapar Perhatian Tapi Tak Pernah Kenyang’
Fazley serius cari jodoh

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley berkata dia sedang serius mencari pasangan hidup dan perkara itu bukanlah sekadar gurauan.
Oh my, ramai pulak tanya saya the past few weeks, yes this cari jodoh thing for me is real.
Berkongsi mengenai ciri wanita idaman, pelantun lagu Asmara Ini berkata dia mengimpikan pasangan yang pembersih selain mempunyai wajah berimej ‘Chinese look’.
Yes I’m still into Chinese look, not thin and clean ‘you know it already’. It’s open to all.
Jangan segan untuk DM or make the first move. Tak try tak tahu kan?.
Fazley juga terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa malah menggalakkan individu yang berminat dengannya agar tidak berasa segan untuk mengambil langkah pertama.
Sumber: Threads Fazley Yaakob
The post Fazley Yaakob Serius Cari Jodoh – ‘Terbuka Kepada Semua..Jangan Malu DM & Buat First Move’ first appeared on OHBULAN!.





