Pelakon Adi Putra mendakwa terdapat pihak yang menawarkan wang bernilai puluhan juta ringgit, dipercayai mempunyai unsur rasuah.
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Dengan Cara Saya Aktif Di TikTok Dapat Ubat Rindu Peminat’ – Adi Putra
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adi Putra Join Roslan Shah Sertai Aktiviti Paranormal, Netizen Risau – ‘Tolong Jangan Rosakkan Dia’
Tolak rasuah

Ketika ditemui , Adi atau nama lengkapnya Mohamed Hadi Putera Halim akui menerima tawaran setinggi RM30 juta bagi tujuan mendapatkan sesuatu yang diingini dengan menggunakan saluran yang salah.
Menjawab mengenai sumber kekuatannya menolak tawaran wang bernilai puluhan juta ringgit itu, Adi menyedari bahawa semua itu hanyalah angka semata yang tidak kekal nilainya.
RM10 juta, RM20 juta, RM30 juta pun ada. Bukan tak ada, ada. Ada ke melobi zaman sekarang RM100? Tiada.
Duit ini cuma angka. Walaupun nilainya sebesar itu, bila masuk senang, keluar pun senang.
Adi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya yang berjudul Konspirasi bertempat di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Isnin.
Teguh dengan prinsip

Berkongsi lebih lanjut, pelakon utama filem Konspirasi itu mendakwa ramai pihak cuba mendekatinya dengan tujuan rasuah.
Tegas Adi, dia masih berpegang teguh pada prinsip untuk tidak sesekali terlibat dengan kegiatan jenayah yang akhirnya akan memudaratkan diri sendiri.
Ramai yang cuba. Ada yang cuba merasuah tapi saya akan lihat perspektif apa yang dia nak.
Kalau hadiah itu berlainan tapi kalau rasuah untuk menghalalkan sesuatu saya akan tolak.
Mungkin kerana ingin melobi. Saya terus terang sahaja kerana itulah yang berlaku pada zaman sekarang.
Dalam perkembangan lain, Adi membintangi filem aksi thriller Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar yang mengangkat kisah usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras sindiket rasuah membabitkan ahli politik.
Filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Che Puan Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.
Konspirasi yang menggabungkan elemen aksi, siasatan siber dan pergolakan politik itu akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini.
The post ‘Bila Masuk Senang, Keluar Pun Senang’ – Adi Putra Dedah Pernah Tolak Rasuah Bernilai RM30 Juta first appeared on OHBULAN!.





