Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan kisah seorang warga emas berusia 71 tahun gigih bekerja sebagai penghantar makanan demi menyara keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anggota Polis Beri Bantuan Untuk Lelaki OKU Kudung Kaki – ‘Ketika Ramai Cari Baju Raya, Dia Kutip Apa Orang Buang’
Artikel Berkaitan: Individu Mengaku Asnaf, Zakat Selangor Nafi Beri Bantuan – ‘Jangan Guna Agama Untuk Perhatian’
Kerajaan bantu Pakcik Zakaria
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok ICU JPM Selangor, warga emas dikenali sebagai Pakcik Zakaria itu masih gigih bekerja untuk menampung kos sara hidup keluarga.
Malah, hasil pendapatan tersebut turut digunakan untuk membiayai rawatan anaknya, Asyraf, yang diserang strok ringan dan kini tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu.
Tersentuh dengan ujian yang dihadapi keluarga itu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil menziarahi kediaman mereka bagi menyampaikan bantuan.
Selain menyerahkan sumbangan tunai ihsan YAB PMX, tujuan utama kami ke mari adalah untuk menguruskan permohonan bantuan JKM dari A hingga Z secara fast-track.
Misi kami cuma satu nak pastikan pakcik dapat kelulusan segera dan berehat di rumah lepas ini!
Melalui inisiatif itu, pihak JKM kini sedang menguruskan Bantuan Warga Emas selain Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk anaknya yang menghadapi masalah kesihatan. Dalam masa sama, keluarga tersebut turut menerima sumbangan tunai daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur atas bantuan yang disalurkan dan berharap ianya dapat meringankan beban Pakcik Zakaria sekeluarga.
Sumber: TikTok ICU JPM
The post [VIDEO] Usia 71 Tahun, Pakcik Zakaria Gigih Jadi Penghantar Makanan Demi Menampung Kos Rawatan Anak first appeared on OHBULAN!.



Sayu hati lihat kegigihan pakcik menyara keluarga dan mencari rezeki sebagai penghantar GrabFood demi rawatan anak yang terkena strok ringan. ICU JPM dan JKM pantas turun menyantuni beliau sekeluarga di Pandan Jaya. Selain menyerahkan sumbangan tunai ihsan YAB PMX, tujuan utama kami ke mari adalah untuk menguruskan permohonan bantuan JKM dari A hingga Z secara fast-track. Misi kami cuma satu nak pastikan pakcik dapat kelulusan segera dan berehat di rumah lepas ini! Kerajaan MADANI pantas bertindak, tiada rakyat yang akan dibiarkan berjuang kesusahan bersendirian. 
#MalaysiaMADANI #SejahteraMADANI #ICUJPM #icujpmselangor #kebajikan

