30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tidak Akan Berlaku Lagi, Saya Janji’ – Zul Ariffin Mohon Maaf, Akui Tabiat Buruk Jangan Dicontohi

    Shopee Sale

    Pelakon, Zul Ariffin mengakui tindakannya menghisap rokok seperti dipaparkan dalam sebuah video tular sebelum ini merupakan satu perbuatan yang salah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Zul Ariffin Ada Aura Yang Menggerunkan, Dia Tak Buat Apa Pun.. Tapi Semua Akan Pandang’ – Aedy Ashraf

    Akui tabiat buruk

    Zul atau nama lengkapnya, Zulkifli Ariffin, 39, bagaimanapun menegaskan tabiat buruk itu tidak sepatutnya dijadikan contoh selain menafikan dirinya menggalakkan orang ramai meniru perbuatannya.

    Perkara itu (merokok) memang tabiat buruk dan tidak akan berlaku lagi. Saya tidak menggalakkan mahupun mempromosikan rokok atau perbuatan merokok.

    Video itu dirakam secara spontan ketika saya sedang duduk santai sambil minum kopi. Tiba-tiba ada seorang pengguna media sosial mengucapkan tahniah kepada saya.

    Ucapan tahniah itu bersifat sarkastik. Bila dia mula bersikap begitu, saya balas semula. Kenapa dia sibuk nak mengajuk-ajuk? Selepas saya balas, dia diam pula. Ibarat saya curi tabung masjid.

    Zul berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem The Furious: Pertaruhan Maruah yang berlangsung di GSC Midvalley, pada Selasa.

    Dalam masa sama, Zul turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

    Saya nak ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua yang menegur saya mengenai tabiat buruk itu. Kepada yang menegur secara baik, saya minta maaf.

    Saya rasa Kementerian Kesihatan Malaysia pun tidak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan, tetapi saya tetap mahu memohon maaf kepada KKM mengenai kandungan tersebut. Perkara ini tidak akan berlaku lagi, saya berjanji.

    Namun, saya tidak akan meminta maaf kepada ‘penunggang kesihatan’. Saya juga tidak akan meminta maaf kepada mereka yang meninggalkan komen melampau dalam thread tersebut.

    Jangan tuduh saya sombong. Sombong celah mana kalau saya sekadar minum kopi? Saya sibuk menjaga kesihatan. Hari-hari saya berlari, pergi gim dan makan pun terjaga.

    Parodi

    Ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir rakan artis dan pencipta kandungan yang memparodikan isu berkenaan, Zul menerima dengan hati terbuka dengan perkara itu.

    Mungkin mereka banyak masa kot. Saya pula sentiasa sibuk dengan kerja dan projek untuk dihidangkan kepada penonton.

    Ada juga yang buat secara kelakar dan ada doktor-doktor yang menegur dengan baik di TikTok. Itu bagus.

    Golongan ‘penunggang kesihatan’ patut belajar daripada orang ramai tentang cara mendekati orang lain dengan baik. Bukan menegur ikut suka macam pilih makanan bufet.

    Terdahulu, sepotong klip memaparkan Zul sedang duduk sambil menghisap seputung rokok telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

    MENARIK:  ‘Saya Rasa Seronok Bila Baca Komen Baik-Baik Termasuk Komen TokTi..’ – Fattah Amin

    Ada segelintir yang menyifatkan Zul sengaja mempromosikan rokok gara-gara pengaruhnya yang besar dan dikhuatiri menjadi ikutan.

    The post ‘Tidak Akan Berlaku Lagi, Saya Janji’ – Zul Ariffin Mohon Maaf, Akui Tabiat Buruk Jangan Dicontohi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah